Sunday, February 7, 2016

Bukit Lepoh

As salam buat semua..

Maaf geng..x sempat nak update. Kekangan masa dan kerjaya merencatkan penulisan. Apa yg aku update untuk Bukit Lepoh dan Gunung Angsi di entri seterusnya nanti, lebih kurang je macam korang baca kat www.facebook.com/wamrect. Buat yg belum like page fb tu silakan lah like.

Tanggal 30 Disember 2015, Wamrect bersama dengan Kelab Belia Ceria Wangsa Maju telah berjaya menganjurkan sekali lagi aktiviti penutup untuk Tahun 2015.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan buat para tetamu yang hadir bagi menyempurnakan Acara Pelepasan peserta ekspedisi kali ini iaitu YBhg. Datuk Hamdan (Timbalan Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju), Datuk Ali (Pemilik Restoran Ali Maju), Sdr Harmizie (Pengerusi Majlis Belia Wilayah Persekutuan), Sdr Irwan dan Sdr Baharin (AJK Biro Belia dan Sukan WM), Sdr Helmie (Ahli Parlimen Belia Wangsa Maju), Sdr Hafiz (Timb Pengerusi Belia 4B Wangsa Maju).

Terima kasih juga buat penaja bersama ekspedisi kali ini iaitu Rangkaian Restoran Ali Maju yang menaja sarapan pagi, bekalan makanan dan minuman sepanjang ekspedisi, Biro Belia dan Sukan UMNO Wangsa Maju yang tidak pernah kurang memberi sokongan terhadap aktiviti lasak sebegini, Reez Forfit dan Panchor Automart Sdn Bhd dengan sokongan dari Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Fit Malaysia.

Dengan kejayaan Ekspedisi Pendakian Tabur East, para peserta tidak sabar-sabar dengan aktiviti seterusnya maka dilangsungkan ekspedisi ke Bukit Lepoh pula. Sambutan yang menggalakkan ini telah menunjukkan betapa aktiviti-aktiviti lasak sebegini berjaya menarik minat para belia dan masyarakat sekelilingnya.

Setelah mengambil makanan dan minuman tajaan, kami menuju ke Hulu Langat. Nak sampai ke kaki bukit,sahabat semua boleh waze je. Dan ada signboard ke Bukit Lepoh. Disebabkan kawasan ini sering menjadi pilihan orang ramai menghabiskan masa percutian yg singkat, dibina booth untuk p
mendaftarkan diri kesemua peserta yg mahu mendaki sehingga ke Bukit Lepoh. Dengan chalet2 yang dibina cantik sepanjang sungai, kawasan ini amat sesuai dijadikan kawasan retreat dari kesibukan kota.

Selesai pendaftaran dan bayar parking kereta, kami pun mulalah menjelajah..mudah, pada peringkat awal..selepas 10minit treking, bermulalah episod memacak. Daki lah sampai jumpa palong air yg berlumut tu untuk mula berjalan santai kembali. Xjauh pon, x lama mana, 2jam 15minit je untuk sampai ke waterfall Sg. Lepoh. Berenang dan sliding lah kat situ..Utamakan keselamatan..Yang lebih penting, segala sampah sarap mohon sangat2 bawa turun. Jagalah alam sekitar kita. Perjalanan turunnya adalah menggunakan jalan yang sama seperti naik. Straight to the point je. Mudah kan.

Pendakian ke Waterfall Sg Lepoh ini aku syorkan buat semua.. Boleh bawa anak2 kecil. Trekking dan hiking yg berada di antara 'light and medium' tidaklah begitu menggugat mental dan fizikal mereka yg selalu buat aktiviti yg sihat. Stretching jangan lupa. Biar lah panaskan badan selama 30minit pon andai itu boleh menegapkan sendi2 kaki anda. Kenali potensi dan ketahanan diri itu penting. Bukan untuk destinasi ini sahaja. Tapi untuk semua tempat.

Akhir kata Selamat Tahun Baharu 2016 dan selamat berekreasi!

Adiosss

:::Nota:::

Gambar sila ke page www.facebook.com/wamrect