Saturday, September 3, 2016

180516-220516 - Misi Bromo - Semeru, Surabaya (WAMRECT)

"Jangan mengambil apapun selain gambar, jangan meninggalkan apapun selain jejak, jangan membunuh apapun selain waktu"

Alhamdulillah Misi Bromo-Semeru, Surabaya 2016 telah berjaya dijalankan dan disempurnakan..Seramai 13 orang sahabat pendaki bersama-sama turut serta dalam ekspedisi kali ini. 5 orang pertama telah bergerak sehari lebih awal mengikut agenda yang mereka atur dan kami berlapan sehari kemudian. Pertemuannya nanti adalah di Kalimati Camp Site. Pengalaman merentas dan mendaki jalur Ranupane - Ranukumbolo - Kalimati - Mahameru pastinya sangat berharga..Perjalanan yang memerlukan sekitar 3hari 2malam ini bukan sekadar sepak daun, akar dan batu-bata..ianya lebih daripada itu..ternyata lebih dari itu..

Berkenaan persediaan seperti surat sihat dan lain-lain saya sedia maklum bahawa semuanya sudah faham. Jadi terus saya mulakan setelah sampai di Surabaya. Tiba sahaja di terminal Lapangan Terbang Juanda, kami x perlu menunggu lama kerana Pak Wiwid (Supir) telah setia menunggu. Kami di bawa ke Pondok, kedai masakan Indonesia yang tidak jauh dari airport untuk makan malam. Ramai juga kat kedai ni. Menu ada disediakan mengikut set dan juga ala carte. Jadi pilih lah nak makan yang mana. Makanan pun sedap-sedap dan yang penting harganya pass..

Usai dinner kami berangkat ke Bromo melalui Wilayah Kabupaten Probolinggo. Kami telah disediakan tempat beristirehat di salah sebuah rumah pemandu Jeep yang akan membawa kami ke Lereng Bromo iaitu kawasan Look Up Point Gunung Bromo (2392M). Dari jam lebih kurang 12am-2am di rumah tersebut, dapatlah rehat, kemas-kemas barang dan membersihkan diri. Siap dijamu dengan air kopi panas lagi. Dua buah Jeep diperlukan untuk membawa kami berlapan. Maka perjalananan dimulakan.

Menggunakan Jeep ke kawasan yang dimaksudkan merupakan satu cabaran sebenarnya. Dengan back pack yang penuh di bahagian belakang, berhimpit, bersempit, bersejuk, dah macam nak muntah je sepanjang perjalanan. Masing-masing maintain cool, jadinya tiadalah yang muntah. Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam dan kami masih punya masa berehat sebentar sebelum ketibaan fajar. Tempat solat terbuka ada disediakan di situ. Tiada masalah nak menunaikan kewajipan cuma dah macam ambil wudhu pakai ais ler. Sejuk bebenor air dia..

Selesai solat mulalah ambil port yang cun-cun melihat keindahan kawasan Taman Nasional Semeru Tengger Bromo ini. MasyaAllah, dah macam lukisan dah..Cantiknya ciptaan Illahi..Xdapat nak cerita banyak2 sebab kena pergi tengok sendiri. Nak bergambar lama-lama pon not nice sebab kat look up point ni dah macam kat pasar borong ramainya orang. Bersusun beratur nak ambil gambar. Beri laluan sebelum masuk balik. Begambarlah sampai puas hati tu. Sesudah mendapat gambar yang dihajati, kami berlapan menuju ke warong yang tersusun di kiri kanan untuk menjamu selera. Malas nak fikir lantak mee maggi Indonesia je dengan air kopi o. Favourite kan.

Dalam lebih kurang jam 7am, kami menuju ke Penanjakan 1, kawah Bromo dan Pasir Berbisik. Part ni seronok sebab kena treking dalam 20-30minit dan mendaki menggunakan tangga ke Kawah Bromo. Bunyi menggelegak larva gunung berapi ni sangat-sangatlah menggetarkan jiwa. Baru bunyi gunung berapi belum Neraka lagi. Ya Allah hindarilah kami dari api nerakaMu. Insaf...

Selepas Kawah Bromo, kami menaiki jeep kembali menuju ke Savanah. Terbentang luas padang hijau saujana mata memandang dengan dikelilingi bukit-bukit menghijau sangatlah mendamaikan jiwa. Sesi bergambar sampai fed up dengan boomerang shot dan short videonya mengisi waktu kami di Savanah. Boleh sangat lah kalau takat2 nak feel filem Dilwale ke Bajirao Mastani ke kat sini. Lawa tempatnya.

Acara seterusnya adalah acara utama misi kali ini..Mana lagi kalau bukan ke Ranupane. Tempat bermulanya Jalur Semeru. Dengan keadaan yang panas terik, kami meninggalkan kawasan Bromo. Lupa dah melalui kabupaten yang mana. Tapi perjalanan agak jauh. Sebabkan jurnal yg digunakan mencatat masa misi kali ini boleh hilang pulak, saya sekadar berkira-kira dan ingat-ingat lupa tentang masa sebenar. Jadi saya anggarkan perjalanan sekitar 1j 30min hingga ke 2 jam dari Bromo ke Ranupane. Kalau salah maaf lah..hehe..

Sampai sahaja di Ranupane, ada masalah permit yang mana tidak cukup. Hanya ada 5 permit sahaja. Atas kehebatan kami semua dalam Public Relationship, 3 permit lagi berjaya kami perolehi dengan tambahan beberapa puluh RM sahaja. Syabas anak Malaysia dan terima kasih kepada guide kami yang sangat budiman. Masa untuk melakukan persediaan terakhir iaitu memastikan segala barang makanan cukup dan ditambah apa yang perlu seperti gula, garam, candy bar, gas, dapur laptop (sewa) dan pelbagai barang-barang yang lain. Bawa hanya barang-barang keperluan, barangan lain seperti pakaian balik KL nanti semuanya kami simpan di rumah guide kami. Alhamdulillah bayaran hanyalah senyuman. Sebab dah bayar 3 orang guide/potter yang memang wajib diambil oleh pendaki dari negara luar. Bayarannya lebih kurang dalam rm200 seorang. Ada 3 orang RM600/8 dapatlah sorang bayar RM75 sahaja. Murah kan? ha sabar. Belum keseluruhan bajet yang akan menggetarkan jiwa masing2..hehe

Segala urusan pendaftaran kami telah kami selesaikan bersama guide, kami menuju ke Kedai Makan yang berhampiran. Makan dulu apa-apa sebelum memasak di Camp site yang pertama nanti. Sedap lah makanan kat sini. Jenis hantu sambal/pecel nih, memang seronok melantak. Lupa dah nak hiking kejap lagi ni. Hehe. Selesai makan kami solat berjemaah di surau kampung dan mula lah bersedia menuju ke Jalur Semeru. Perjalanan dimulakan pada jam 2 pm. Bila melibatkan masa dan timing, saya akan ringkaskan keseluruhan perjalanan program agar mudah difahami. Waktu yang dipaparkan adalah waktu Malaysia. Malas nak setting jam.

Perjalanan selama 4 jam dari Ranupane ke Ranukumbolo boleh dikategorikan sebagai santai sahaja dalam 2 checkpoint awal. Checkpoint 3 mula mendaki sehingga ke Checkpoint ke 4 (Lupa dah total Checkpoints) dan mula santai kembali sehinggalah ke Ranu Kumbolo untuk kita berhenti bermalam. Keesokan harinya kita akan mula treking ke Kalimati dalam 3jam perjalanan sambil melalui beberapa kawasan yang sangat menarik seperti Taman Lavender (seolah2 Lavender), lepas je checkpoint akan ada satu kawasan yang ada buah seperti ceri yang boleh kita makan dan banyak lagi tempat yang menarik.

Bila tiba di Kalimati kami kembali bertemu dengan 5 orang lagi rakan kami yang bertolak awal sehari. Semuanya mengikut rancangan. Sebagai ingatan, Kalimati tidak mempunyai sumber air. Namun itulah kegunaan porter bila mereka akan bantu kita menyediakan air. Jarak sumber air dan Kalimati adalah sejauh dua jam perjalanan pergi balik. Cadang itu hari nak lah teman porter pegi ambil air, tapi bila khemah dah siap pasang, alamak..syok lah pulak landing. hehe. Kami berehat sahaja sehingga ke tengah malam sebelum memulakan perjalanan menuju Mahameru. Banyak kisah-kisah menarik yang tidak dapat saya kongsikan kesemuanya dalam blog ini tentang bagaimana layanan pendaki-pendaki Indonesia kepada kita rakan-rakan dari Malaysia ini. Bagaimana kami bertembung dengan Specky Petualang, hikers kental Indonesia yang viral dengan pakaian Pink dan Hello Kitty mereka dan pelbagai lagi kisah-kisah menarik yang akan kekal terpahat dalam lembaran kisah kehidupan masing-masing.

Buat sahabat-sahabat yang bercadang dan merancang ke Semeru, Surabaya. Boleh rujuk perjalanan program dan belanja yang telah saya dan sahabat2 gunapakai. Semoga sedikit sebanyak membantu perancangan anda.

Rabu 180516
4.30 PM - Memulakan perjalanan pergi menaiki Flight XT323 (Air Asia)

6.55 PM - Slamat mendarat di Lapangan Terbang Juanda

7.30 PM - Dinner@Pondok

9.00 PM - Menuju ke Probolinggo


Khamis 190516
12.00 AM - Berehat di Rumah Pemandu Jeep

2.00 AM - Menuju ke Lereng Bromo (Look Up Point)

3.30 AM - Solat dan santai di Lereng Bromo

7.00 AM - Penanjakan 1 - Kawah Bromo - Pasir Berbisik

9.00 AM - Savanah

10.00 AM - Menuju ke Ranupane

2.00 PM - Mula Jalur Semeru

6.00 PM - Tasik Ranukumbolo (Camping)

8.00PM - Dinner


Jumaat 200516
8.00 AM - Menuju ke Kalimati

11.00 AM - Campsite Kalimati (Camping)

1.00 PM - Lunch

4.00 PM - Minum Petang

7.00 PM - Dinner

8.00 PM Rehat


Sabtu 210516
12.00 AM - Menuju Kaki Mahameru

2.00 AM - Summit Attack

4.30 AM - Puncak Mahameru

7.00 AM - Menuju Kalimati

10.00 AM - Campsite Kalimati

12.00 PM - Perjalanan Pulang

2.00 PM - Tasik Ranukumbolo

3.00 PM - Menuju Ranupane

7.00 PM - Ranupane (Starting Point)

7.30 PM - Dinner

9.00 PM - Berangkat menuju ke Tumpang (Homestay)

11.00 PM - Beristirehat..Mandi..Tidur...


Ahad 220516
8.00 AM - Menuju ke Kota Malang

9.00 AM - Brunch

11.00 AM - Shopping di Kota Malang

2.00 PM - Airport Juanda

5.35 PM - Perjalanan pulang Flight XT326 (Delay 1 jam)

7.30 pm - Selamat tiba di KLIA2



Perbelanjaan

Pakej (Pak Wiwid: +682337401008)

Airport Juanda - Lereng Bromo 

Penanjakan 1 - Kawah Bromo - Pasir Berbisik - Savanah - Ranupane

Ranu Kumbolo - Kalimati - Mahameru - Ranupane

Airport Juanda

Termasuk: Hiace, Jeep, Entrance Bromo, Materai Semeru, 3 porter

Biaya: Rp1,75 @ RM550 (Lebih Kurang)



Sendiri

Makanan, bahan masakan dan alatan, penginapan hostel, tambahan permit dan porter

Jumlah biaya: RM100/pax


Jumlah besar RM650 sahaja

(Tidak termasuk tiket flight pergi dan balik dan belanja makan sendiri)

Terlanjur mengemaskini, saya sekali lagi dalam blog ni mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang menyumbang dalam bentuk makanan, kewangan dan tshirt program. Jasa baik kalian akan saya kenang dan akan saya bantu lagi para penderma ini untuk menderma lagi di masa akan datang..Jangan khuatir, setiap tahun ada program. Maka bantulah mana yang termampu

Banyak dah mengomel nih. Jadi akhir kata, pemandangan alam Surabaya iaitu Bromo dan Jalur ke Gunung Semeru tidak dpt digambarkan dengan kata2..ianya perlu untuk dilihat sendiri..Jerih perih akan sentiasa berbaloi bila mengenangkan pemandangan dari puncak Mahameru yang pastinya hanya terdapat di Mahameru..

Dan sesungguhnya...Mahameru itu aku daki dengan penuh keinsafan.....

Dah insaf baru ko sampai atas...hehehehe

Hebat!!!

"AYO MANJAT BARENG-BARENG REK"