Wednesday, August 18, 2021

KEHENDAK RAKYAT


Kadang² aku terfikir...

Rakyat mahukan Orang Kena Tuduh membersihkan diri di Mahkamah. Selagi x bersih korang mmg dianggap penjenayah. Contoh pada Kluster Mahkamah sekarang.
Rakyat pun x suka tuduhan² yang digugurkan tanpa sebab musabah. Xkan sebab kau Kerajaan, kes kau gugur? Contoh Kes Penang, Kes Sabah, Kes Perak dan lain². Boleh kata rakyat mahukan kepimpinan yang bersih dan bukan kluster mahkamah atau mereka yang salahguna kuasa.

Namun tahukah rakyat bahawa Sang Penguasa mampu melakukan penciptaan pelbagai tuduhan² untuk membunuh musuh² politik mereka? Jangan la jawab x tahu pulak. Tahukah juga rakyat bahawa beribu kertas siasatan yg dibuka namun tiada tindakan yg diambil? Apakah siasatan yg dijalankan itu hanya sia² dan tanpa tuduhan mereka itu bersih sesuci embun pagi? Hanya kerana mereka sama kumpulan dengan penguasa.

Jadi bagaimana pula watak Sang Penguasa atau bekas Sang Penguasa yg berkelakuan demikian? Biarkan dan tunggu sahaja pengadilan Yang Maha Kuasa di Mahsyar nanti? Macam tu? Sambil sebilangan mengesat air mata sedih menangisi perginya seorang pemimpin? konon hero rakyat.

Maka dengan apa yg telah berlaku, rakyat kebanyakannya tidak ambil peduli akan hipokrasi kepimpinan dalam negara. Kebanyakan rakyat pun dh malas ambil port dengan mereka yg menyalahgunakan kuasa ini. Sudahnya rakyat hanya mampu melihat apa yg berlaku sambil meneruskan kehidupan sendiri. Semuanya gara² kuasa dan harta. Bersepak terajanglah tanpa henti.

Bagi sebilangan rakyat yg masih mengikuti drama kekuasaan ini, apakah mereka sebenarnya mahu turut berada dalam lingkaran kuasa? Wujudkah mereka yang mahu membantu memperkemaskan dan memperelokkan struktur kuasa ini? Atau mereka tahu hanya dengan kuasa sahaja barulah segala yg susah jadi mudah? Atau ianya semata² dianggap Fardhu Kifayah kerana meninggalkan semuanya boleh memudharatkan Agama, Bangsa dan Tanahair? Golongan rakyat yg manakah letaknya kita ini?

Siapa sebenarnya yg rakyat akan sokong? Siapa yang rakyat mahu? Mereka yg elok dipandang mata? Mereka yg bersih suci tanpa sebarang salahlaku yang belum tentu wujud? Mahukan sebuah kepimpinan yg super hebat ala² kepimpinan Para Nabi dan Rasul? Kepimpinan Auliya juga difitnah sepanjang masa. Kita pulak muda terpengaruh bila bab fitmah ni. Jadi apa yg sebenarnya kita mahu ni? Yang rupanya bagaimana? Yang macam apa?

Pahit namun itulah kenyataan..Demokrasi adalah sistem politik kuffar yg akan sentiasa membuat manusia itu berbalah. Pengakhirannya yang menang adalah mereka yg telah meletakkan kuasa itu menjadi tuannya.Tanpa kuasa, hilanglah segalanya. Waima kesihatan juga kehidupan. Bukan dah kita dalam zaman mencari yg terbaik di kalagan yg elok. Namun zaman ini adalah memilih yg mana paling kurang mudharat di kalangan mereka yg khilaf.

Semoga kita lebih bijak menilai tentang siapakah yg seharusnya perlu dipinjamkan kuasa itu. Kerana rakyatlah punca kepada kuasa pemimpin² kita.

#KerajaanBaginda
#KitaJagaKita
#BebelanMalam

Saturday, September 3, 2016

180516-220516 - Misi Bromo - Semeru, Surabaya (WAMRECT)

"Jangan mengambil apapun selain gambar, jangan meninggalkan apapun selain jejak, jangan membunuh apapun selain waktu"

Alhamdulillah Misi Bromo-Semeru, Surabaya 2016 telah berjaya dijalankan dan disempurnakan..Seramai 13 orang sahabat pendaki bersama-sama turut serta dalam ekspedisi kali ini. 5 orang pertama telah bergerak sehari lebih awal mengikut agenda yang mereka atur dan kami berlapan sehari kemudian. Pertemuannya nanti adalah di Kalimati Camp Site. Pengalaman merentas dan mendaki jalur Ranupane - Ranukumbolo - Kalimati - Mahameru pastinya sangat berharga..Perjalanan yang memerlukan sekitar 3hari 2malam ini bukan sekadar sepak daun, akar dan batu-bata..ianya lebih daripada itu..ternyata lebih dari itu..

Berkenaan persediaan seperti surat sihat dan lain-lain saya sedia maklum bahawa semuanya sudah faham. Jadi terus saya mulakan setelah sampai di Surabaya. Tiba sahaja di terminal Lapangan Terbang Juanda, kami x perlu menunggu lama kerana Pak Wiwid (Supir) telah setia menunggu. Kami di bawa ke Pondok, kedai masakan Indonesia yang tidak jauh dari airport untuk makan malam. Ramai juga kat kedai ni. Menu ada disediakan mengikut set dan juga ala carte. Jadi pilih lah nak makan yang mana. Makanan pun sedap-sedap dan yang penting harganya pass..

Usai dinner kami berangkat ke Bromo melalui Wilayah Kabupaten Probolinggo. Kami telah disediakan tempat beristirehat di salah sebuah rumah pemandu Jeep yang akan membawa kami ke Lereng Bromo iaitu kawasan Look Up Point Gunung Bromo (2392M). Dari jam lebih kurang 12am-2am di rumah tersebut, dapatlah rehat, kemas-kemas barang dan membersihkan diri. Siap dijamu dengan air kopi panas lagi. Dua buah Jeep diperlukan untuk membawa kami berlapan. Maka perjalananan dimulakan.

Menggunakan Jeep ke kawasan yang dimaksudkan merupakan satu cabaran sebenarnya. Dengan back pack yang penuh di bahagian belakang, berhimpit, bersempit, bersejuk, dah macam nak muntah je sepanjang perjalanan. Masing-masing maintain cool, jadinya tiadalah yang muntah. Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam dan kami masih punya masa berehat sebentar sebelum ketibaan fajar. Tempat solat terbuka ada disediakan di situ. Tiada masalah nak menunaikan kewajipan cuma dah macam ambil wudhu pakai ais ler. Sejuk bebenor air dia..

Selesai solat mulalah ambil port yang cun-cun melihat keindahan kawasan Taman Nasional Semeru Tengger Bromo ini. MasyaAllah, dah macam lukisan dah..Cantiknya ciptaan Illahi..Xdapat nak cerita banyak2 sebab kena pergi tengok sendiri. Nak bergambar lama-lama pon not nice sebab kat look up point ni dah macam kat pasar borong ramainya orang. Bersusun beratur nak ambil gambar. Beri laluan sebelum masuk balik. Begambarlah sampai puas hati tu. Sesudah mendapat gambar yang dihajati, kami berlapan menuju ke warong yang tersusun di kiri kanan untuk menjamu selera. Malas nak fikir lantak mee maggi Indonesia je dengan air kopi o. Favourite kan.

Dalam lebih kurang jam 7am, kami menuju ke Penanjakan 1, kawah Bromo dan Pasir Berbisik. Part ni seronok sebab kena treking dalam 20-30minit dan mendaki menggunakan tangga ke Kawah Bromo. Bunyi menggelegak larva gunung berapi ni sangat-sangatlah menggetarkan jiwa. Baru bunyi gunung berapi belum Neraka lagi. Ya Allah hindarilah kami dari api nerakaMu. Insaf...

Selepas Kawah Bromo, kami menaiki jeep kembali menuju ke Savanah. Terbentang luas padang hijau saujana mata memandang dengan dikelilingi bukit-bukit menghijau sangatlah mendamaikan jiwa. Sesi bergambar sampai fed up dengan boomerang shot dan short videonya mengisi waktu kami di Savanah. Boleh sangat lah kalau takat2 nak feel filem Dilwale ke Bajirao Mastani ke kat sini. Lawa tempatnya.

Acara seterusnya adalah acara utama misi kali ini..Mana lagi kalau bukan ke Ranupane. Tempat bermulanya Jalur Semeru. Dengan keadaan yang panas terik, kami meninggalkan kawasan Bromo. Lupa dah melalui kabupaten yang mana. Tapi perjalanan agak jauh. Sebabkan jurnal yg digunakan mencatat masa misi kali ini boleh hilang pulak, saya sekadar berkira-kira dan ingat-ingat lupa tentang masa sebenar. Jadi saya anggarkan perjalanan sekitar 1j 30min hingga ke 2 jam dari Bromo ke Ranupane. Kalau salah maaf lah..hehe..

Sampai sahaja di Ranupane, ada masalah permit yang mana tidak cukup. Hanya ada 5 permit sahaja. Atas kehebatan kami semua dalam Public Relationship, 3 permit lagi berjaya kami perolehi dengan tambahan beberapa puluh RM sahaja. Syabas anak Malaysia dan terima kasih kepada guide kami yang sangat budiman. Masa untuk melakukan persediaan terakhir iaitu memastikan segala barang makanan cukup dan ditambah apa yang perlu seperti gula, garam, candy bar, gas, dapur laptop (sewa) dan pelbagai barang-barang yang lain. Bawa hanya barang-barang keperluan, barangan lain seperti pakaian balik KL nanti semuanya kami simpan di rumah guide kami. Alhamdulillah bayaran hanyalah senyuman. Sebab dah bayar 3 orang guide/potter yang memang wajib diambil oleh pendaki dari negara luar. Bayarannya lebih kurang dalam rm200 seorang. Ada 3 orang RM600/8 dapatlah sorang bayar RM75 sahaja. Murah kan? ha sabar. Belum keseluruhan bajet yang akan menggetarkan jiwa masing2..hehe

Segala urusan pendaftaran kami telah kami selesaikan bersama guide, kami menuju ke Kedai Makan yang berhampiran. Makan dulu apa-apa sebelum memasak di Camp site yang pertama nanti. Sedap lah makanan kat sini. Jenis hantu sambal/pecel nih, memang seronok melantak. Lupa dah nak hiking kejap lagi ni. Hehe. Selesai makan kami solat berjemaah di surau kampung dan mula lah bersedia menuju ke Jalur Semeru. Perjalanan dimulakan pada jam 2 pm. Bila melibatkan masa dan timing, saya akan ringkaskan keseluruhan perjalanan program agar mudah difahami. Waktu yang dipaparkan adalah waktu Malaysia. Malas nak setting jam.

Perjalanan selama 4 jam dari Ranupane ke Ranukumbolo boleh dikategorikan sebagai santai sahaja dalam 2 checkpoint awal. Checkpoint 3 mula mendaki sehingga ke Checkpoint ke 4 (Lupa dah total Checkpoints) dan mula santai kembali sehinggalah ke Ranu Kumbolo untuk kita berhenti bermalam. Keesokan harinya kita akan mula treking ke Kalimati dalam 3jam perjalanan sambil melalui beberapa kawasan yang sangat menarik seperti Taman Lavender (seolah2 Lavender), lepas je checkpoint akan ada satu kawasan yang ada buah seperti ceri yang boleh kita makan dan banyak lagi tempat yang menarik.

Bila tiba di Kalimati kami kembali bertemu dengan 5 orang lagi rakan kami yang bertolak awal sehari. Semuanya mengikut rancangan. Sebagai ingatan, Kalimati tidak mempunyai sumber air. Namun itulah kegunaan porter bila mereka akan bantu kita menyediakan air. Jarak sumber air dan Kalimati adalah sejauh dua jam perjalanan pergi balik. Cadang itu hari nak lah teman porter pegi ambil air, tapi bila khemah dah siap pasang, alamak..syok lah pulak landing. hehe. Kami berehat sahaja sehingga ke tengah malam sebelum memulakan perjalanan menuju Mahameru. Banyak kisah-kisah menarik yang tidak dapat saya kongsikan kesemuanya dalam blog ini tentang bagaimana layanan pendaki-pendaki Indonesia kepada kita rakan-rakan dari Malaysia ini. Bagaimana kami bertembung dengan Specky Petualang, hikers kental Indonesia yang viral dengan pakaian Pink dan Hello Kitty mereka dan pelbagai lagi kisah-kisah menarik yang akan kekal terpahat dalam lembaran kisah kehidupan masing-masing.

Buat sahabat-sahabat yang bercadang dan merancang ke Semeru, Surabaya. Boleh rujuk perjalanan program dan belanja yang telah saya dan sahabat2 gunapakai. Semoga sedikit sebanyak membantu perancangan anda.

Rabu 180516
4.30 PM - Memulakan perjalanan pergi menaiki Flight XT323 (Air Asia)

6.55 PM - Slamat mendarat di Lapangan Terbang Juanda

7.30 PM - Dinner@Pondok

9.00 PM - Menuju ke Probolinggo


Khamis 190516
12.00 AM - Berehat di Rumah Pemandu Jeep

2.00 AM - Menuju ke Lereng Bromo (Look Up Point)

3.30 AM - Solat dan santai di Lereng Bromo

7.00 AM - Penanjakan 1 - Kawah Bromo - Pasir Berbisik

9.00 AM - Savanah

10.00 AM - Menuju ke Ranupane

2.00 PM - Mula Jalur Semeru

6.00 PM - Tasik Ranukumbolo (Camping)

8.00PM - Dinner


Jumaat 200516
8.00 AM - Menuju ke Kalimati

11.00 AM - Campsite Kalimati (Camping)

1.00 PM - Lunch

4.00 PM - Minum Petang

7.00 PM - Dinner

8.00 PM Rehat


Sabtu 210516
12.00 AM - Menuju Kaki Mahameru

2.00 AM - Summit Attack

4.30 AM - Puncak Mahameru

7.00 AM - Menuju Kalimati

10.00 AM - Campsite Kalimati

12.00 PM - Perjalanan Pulang

2.00 PM - Tasik Ranukumbolo

3.00 PM - Menuju Ranupane

7.00 PM - Ranupane (Starting Point)

7.30 PM - Dinner

9.00 PM - Berangkat menuju ke Tumpang (Homestay)

11.00 PM - Beristirehat..Mandi..Tidur...


Ahad 220516
8.00 AM - Menuju ke Kota Malang

9.00 AM - Brunch

11.00 AM - Shopping di Kota Malang

2.00 PM - Airport Juanda

5.35 PM - Perjalanan pulang Flight XT326 (Delay 1 jam)

7.30 pm - Selamat tiba di KLIA2



Perbelanjaan

Pakej (Pak Wiwid: +682337401008)

Airport Juanda - Lereng Bromo 

Penanjakan 1 - Kawah Bromo - Pasir Berbisik - Savanah - Ranupane

Ranu Kumbolo - Kalimati - Mahameru - Ranupane

Airport Juanda

Termasuk: Hiace, Jeep, Entrance Bromo, Materai Semeru, 3 porter

Biaya: Rp1,75 @ RM550 (Lebih Kurang)



Sendiri

Makanan, bahan masakan dan alatan, penginapan hostel, tambahan permit dan porter

Jumlah biaya: RM100/pax


Jumlah besar RM650 sahaja

(Tidak termasuk tiket flight pergi dan balik dan belanja makan sendiri)

Terlanjur mengemaskini, saya sekali lagi dalam blog ni mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang menyumbang dalam bentuk makanan, kewangan dan tshirt program. Jasa baik kalian akan saya kenang dan akan saya bantu lagi para penderma ini untuk menderma lagi di masa akan datang..Jangan khuatir, setiap tahun ada program. Maka bantulah mana yang termampu

Banyak dah mengomel nih. Jadi akhir kata, pemandangan alam Surabaya iaitu Bromo dan Jalur ke Gunung Semeru tidak dpt digambarkan dengan kata2..ianya perlu untuk dilihat sendiri..Jerih perih akan sentiasa berbaloi bila mengenangkan pemandangan dari puncak Mahameru yang pastinya hanya terdapat di Mahameru..

Dan sesungguhnya...Mahameru itu aku daki dengan penuh keinsafan.....

Dah insaf baru ko sampai atas...hehehehe

Hebat!!!

"AYO MANJAT BARENG-BARENG REK"



Sunday, February 7, 2016

Bukit Lepoh

As salam buat semua..

Maaf geng..x sempat nak update. Kekangan masa dan kerjaya merencatkan penulisan. Apa yg aku update untuk Bukit Lepoh dan Gunung Angsi di entri seterusnya nanti, lebih kurang je macam korang baca kat www.facebook.com/wamrect. Buat yg belum like page fb tu silakan lah like.

Tanggal 30 Disember 2015, Wamrect bersama dengan Kelab Belia Ceria Wangsa Maju telah berjaya menganjurkan sekali lagi aktiviti penutup untuk Tahun 2015.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan buat para tetamu yang hadir bagi menyempurnakan Acara Pelepasan peserta ekspedisi kali ini iaitu YBhg. Datuk Hamdan (Timbalan Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju), Datuk Ali (Pemilik Restoran Ali Maju), Sdr Harmizie (Pengerusi Majlis Belia Wilayah Persekutuan), Sdr Irwan dan Sdr Baharin (AJK Biro Belia dan Sukan WM), Sdr Helmie (Ahli Parlimen Belia Wangsa Maju), Sdr Hafiz (Timb Pengerusi Belia 4B Wangsa Maju).

Terima kasih juga buat penaja bersama ekspedisi kali ini iaitu Rangkaian Restoran Ali Maju yang menaja sarapan pagi, bekalan makanan dan minuman sepanjang ekspedisi, Biro Belia dan Sukan UMNO Wangsa Maju yang tidak pernah kurang memberi sokongan terhadap aktiviti lasak sebegini, Reez Forfit dan Panchor Automart Sdn Bhd dengan sokongan dari Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Fit Malaysia.

Dengan kejayaan Ekspedisi Pendakian Tabur East, para peserta tidak sabar-sabar dengan aktiviti seterusnya maka dilangsungkan ekspedisi ke Bukit Lepoh pula. Sambutan yang menggalakkan ini telah menunjukkan betapa aktiviti-aktiviti lasak sebegini berjaya menarik minat para belia dan masyarakat sekelilingnya.

Setelah mengambil makanan dan minuman tajaan, kami menuju ke Hulu Langat. Nak sampai ke kaki bukit,sahabat semua boleh waze je. Dan ada signboard ke Bukit Lepoh. Disebabkan kawasan ini sering menjadi pilihan orang ramai menghabiskan masa percutian yg singkat, dibina booth untuk p
mendaftarkan diri kesemua peserta yg mahu mendaki sehingga ke Bukit Lepoh. Dengan chalet2 yang dibina cantik sepanjang sungai, kawasan ini amat sesuai dijadikan kawasan retreat dari kesibukan kota.

Selesai pendaftaran dan bayar parking kereta, kami pun mulalah menjelajah..mudah, pada peringkat awal..selepas 10minit treking, bermulalah episod memacak. Daki lah sampai jumpa palong air yg berlumut tu untuk mula berjalan santai kembali. Xjauh pon, x lama mana, 2jam 15minit je untuk sampai ke waterfall Sg. Lepoh. Berenang dan sliding lah kat situ..Utamakan keselamatan..Yang lebih penting, segala sampah sarap mohon sangat2 bawa turun. Jagalah alam sekitar kita. Perjalanan turunnya adalah menggunakan jalan yang sama seperti naik. Straight to the point je. Mudah kan.

Pendakian ke Waterfall Sg Lepoh ini aku syorkan buat semua.. Boleh bawa anak2 kecil. Trekking dan hiking yg berada di antara 'light and medium' tidaklah begitu menggugat mental dan fizikal mereka yg selalu buat aktiviti yg sihat. Stretching jangan lupa. Biar lah panaskan badan selama 30minit pon andai itu boleh menegapkan sendi2 kaki anda. Kenali potensi dan ketahanan diri itu penting. Bukan untuk destinasi ini sahaja. Tapi untuk semua tempat.

Akhir kata Selamat Tahun Baharu 2016 dan selamat berekreasi!

Adiosss

:::Nota:::

Gambar sila ke page www.facebook.com/wamrect

Saturday, January 9, 2016

Tabur East part 2

25 Disember 2015, Wangsa Maju Recreational Club (wamrect) bersama Kelab Belia Ceria Wangsa Maju (KBC) menganjurkan aktiviti pendakian Tabur East.

Pendakian bermula jam 4 pagi dengan kekuatan seramai 15 orang datang dari sekitar Kuala Lumpur. Pendakian kami dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat keselamatan. Memandangkan pendakian bermula jam 4 pagi, maka aspek keselamatan dan pengetahuan mengenai daya fizikal para pendaki perlu dititikberatkan. Pendakian dilakukan dalam kadar yang perlahan.

Dengan kumpulan yg agak besar ini, Ali ditugaskan untuk mengetuai pendakian dan aku bertindak sebagai 'sweeper'. Pendakian Tabur East bagi wajah-wajah baru amat menguji mental dan fizikal. Tambah-tambah pulak naik jam 4 pagi, semangat dalam diri pon kena la kuat. Sebab bukan kita je ada dalam hutan tu. Banyak lagi 'tetamu' lain. Dengan beberapa kejutan penampakan di kalangan insan terpilih, menyebabkan pendakian terhenti di beberapa stesyen. Namun alhamdulillah, kami berjaya mengharunginya.

Kami berjaya mengambil masa 2 jam dan 30 minit (lebih kurang) setelah mengambil kira keseluruhan pendaki berada di puncak. Ada juga dah sampai lama dan siap makan dah pun. Sambil menanti terbit mentari pagi. Sesi makan-makan bergambar semuanya berlaku dalam keadaan yang baik dan ceria. Siap dah ada yang berkira-kira lepas ni nak naik mana pula. Hehe, turun pon belum.

Dalam lebih kurang 1 jam setengah di puncak, terikan matahari mula membahang memaksa kami turun ke kaki bukit. Turun dari puncak, separuh pendaki ambil keputusan turun melalui jalan naik, sebab nak mandi sungai. Dan separuh lagi melalui laluan turun yg lain. Yang lebih mudah, cepat dan sesuai sangat untuk 'descent' sahaja. Tapi x perlu berlumba sebab licin. Sampai aku pon ter'sliding' lah. Untuk dijadikan laluan naik pon boleh, namun susah sikit sebab keadaannya yg berpasir dan curam. Body balance dan kaki kena power.

Laluan ini ambil masa 45 minit ke 1 jam dan melalui dusun-dusun orang kampung dan akan tamat di dalam kawasan rumah kediaman 3 tingkat. Kemudian sambung menapak sikit lagi untuk sampai ke kawasan biasa orang letak kereta berhampiran laluan naik. Jadi boleh la pilih nak turun ikut laluan naik atau laluan turun ke kawasan perumahan ni. Dicadangkan agar menggunakan laluan dusun bagi mengelakkan bertembung dengan pendaki lain sebab laluan Tabur East lebih kurang macam Tabur West, sempit dan kecil. Bagaimanapun, terpulang kepada keinginan masing-masing.

Nantikan entri akan datang, Ekspedisi Riadah Air Terjun Lepoh.

NOTA:

1) Pendakian ke dalam kawasan Hutan Simpan (Tabur East & Tabur West) perlu dipohon lengkap dengan senarai nama pendaki untuk mendapat kebenaran bertulis daripada Jabatan Hutan. Keterangan lanjut sila dapatkan di Balai Polis Taman Melawati.

2) Sebaik-baiknya, dapatkan perlindungan insurans buat semua pendaki yang terlibat sebelum melakukan pendakian.

3) Bagi pendakian dinihari, wajibkan penggunaan headlamp ke atas setiap individu.

4) Like Page FB wamrect, www.facebook.com/wamrect bagi mendapatkan info, promo, berita, gambar dan aktiviti wamrect.

Adiosss

Tabur East part 1

As salam wbt...

Sudah hampir setengah tahun dah x berceloteh. Jadi sebab nak clear kan phone ni dari gambar2 yg banyak, ku gagahkan diri mencoret seberapa yg terdaya.

Reflek kepada tajuk tertulis, aku nk ceritakan pasal Tabur East.

Kisahnya bermula bila rakan seperjuangan kelab belia minta buat gabungan program nak panjat Tabur East. Aku pon ON je. Sedangkan dah lebih 10 tahun x naik Tabur East ni. Nak xnak kena la naik balik buat trail checking..

Tanggal 23hb Disember 2015, kami bertiga, aku, Ali dan Nia mulalah menjalankan operasi. Sebelum tu kita sarapan dulu berhampiran dengan Melati Kawasan 8, pakana roti tampal. Dalam jam 9.30pg kami sampai di kaki bukit Tabur East. Dan memulakan perjalanan kami. Sebab dah lama x memanjat nih, ada kacau la sikit ritma dan pernafasan. Trek laluan seperti biasa, selamat dan mudah dilalui. Tali yang tersedia semuanya dalam keadaan baik. Terima kasih buat anak-anak gunung yg senantiasa rajin menukar, menyediakan tali dan memastikan arah ke puncak ditanda.

Kami bertiga mengambil masa 1jam dan 30minit untuk sampai ke puncak Tabur East. Seronoknya naik ke puncak pada jam 11 pagi tapi cuaca macam 8 pagi. Sejuk, redup dan berangin. Awan yang berkepol-kepol menghiasi langit nan biru, pantulan pokok-pokok di air sekitar Empangan Klang Gate, banyangkan. Wow!

Kami di puncak lebih kurang dalam 1/2 jam dan kemudiannya memutuskan untuk turun. Stamina kan x berapa nak cantik, jadi kami turun menggunakan jalan yg sama (padahal dah lupa jalan turun yg satu tu). Dan jalan yang sama dinaiki tadi, kami ambil masa 1 jam sahaja. Mungkin sebab hari kerja, kami hanya bertembung dengan 2 kumpulan dua orang sepanjang ekspedisi. Perjalanan naik dan turun lancar.

Alhamdulillah, misi 'trail check' berjaya dan menaikkan semangat dan keyakinan untuk bawa adik-adik dari Kelab Belia Ceria dan sahabat-sahabat Wamrect untuk ke Tabur East pada jam 4 pagi 25hb Disember nanti. InsyaAllah dipermudahkan.

Adiosss

Saturday, June 20, 2015

Melayu Kini

Melayu Kini

Perjuangan Melayu bukan sejati,
Dianggap semata keuntungan peribadi,
Orang Melayu sudah berdikari,
Tak perlu Melayu sebagai menteri.

Dabik dada punya harta,
Hasil titik peluh penat usaha,
Tidak mengapa kaum lain berjaya,
Jangan sebangsa lebih berada.

Apa nak hairan kuasa dan jawatan,
Sendiri kerja sendiri makan,
Tak kisah majikan siapa atasan,
Melayu kini sudah perasan.

Perasan mampu jaga diri,
Jaga keluarga harta peribadi,
Tak peduli kerajaan hari ini,
Kerana pentingkan diri sendiri.

Tidak dinafi Melayu berjaya,
Mampu bermegah kereta dan harta,
Namun Melayu selalu lupa,
Punya warisan untuk dijaga.

Melayu malas untuk berniaga,
Kurang juga yang wariskan harta,
Gaji besar tiada guna,
Anak tak mampu ganti dirinya.

Tiba masa generasi muda,
Memenuhi alam hidup bermula,
Mengharap tinggalan generasi lama,
Rupanya pencen yang x seberapa.

Ketika itu menangis la hati,
Kerajaan Melayu tiada lagi,
Menyumpahlah Melayu nanti,
Kepada Melayu perasan diri.

Generasi dulu menjual diri,
Tamak memikir diri sendiri,
Lupa generasi lupa pertiwi,
Hiduplah melata di bumi sendiri.

Mohd Zaid Zulkafli
Pemuda UMNO Wangsa Maju

Kiasu Cina

Kiasu Cina

Orangnya dari Melaka,
Pindah ke Pulau Mutiara,
Pilihan ramai orang muda,
Alih-alih Penang dia punya.

Asal dibawa menjadi barua,
Dulu hamba diberi merdeka,
Selang masa damba kuasa,
Mahu dikawal segala semua.

Sudah ada berbagai benda,
Mula mencipta dasar segala,
Kini dah mula rasa kuasa,
Mahu dihalau bangsa kita.

Bangsa kita bangsa muda,
Yang dulu, kini dan selamanya,
Jadi mangsa gula-gula,
propaganda kiasu Cina.

Tidak mahu sedar tidak apa,
Sekarang kita masih berkuasa,
Jangan berlagak mendabik dada,
Kelak Melayu tak punya apa.

Mohd Zaid Zulkafli
Pemuda UMNO Wangsa Maju

Monday, June 2, 2014

Golf Trip - Mountain View Golf Club, Bandung

As salam...

23hb Mei 2014

Merasa jugak aku naik kapal terbang kat KLia2 ni..risau gak klu dh bertahun operasi baru nk jejak kaki sini..kali pertama ni pon dh sesat masat..bayangkan lg 2 tahun aku still dok tanya "cik..mana tandas?" dh tentu lah aku tanya cik jek..encik ngan tuan biarlah org lain yg tanya..hehe

Bergerak dari kMk (sekarang dh nama lain) jam 3 pg..Sampai kLia 2 dah hampir jam 4:30pg .gedebak gedebuk check in..gedebak gedebuk shaqkek  gedebak gedebuk hitu hini masuklah sudah ke tempat boarding tuh..jauh gak berjalan tapi org muda kan, malu lah berjalan pon malas..kol 6:30 kot dh ada atas flight dan mula meninggalkan Kota Melayu..menuju kita ke Kota Sunda...hepi! first time kan nak men golf luar kL...tinggal bini lagi...hehe..sian bini aku...

Jam 7:30pg mendaratlah kapal terbang airasia itu di Kota Sunda..Kami terpaksa berpisah 2 kumpulan..kumpulan pertama akan terus menjelajah ke Kota Bandung dan kumpulan kecil kami seramai 14 orang akan menuju ke Mountain View Golf Club...bermulalah episod yg pertama...

Bas menjelajahi Kota Bandung dgn membawa kesan di hati...memang setiap tahun aku akan ke Bandung..namun kali ni tiada isteri ku...alahaiiiii lain macam la rase dia...memang rindu gila...klu lah dia tahu apa yg aku rasa masa ni mesti dia bahagia dan jatuh cinta lg kat aku...hehe..

Sampai dah kt Mountain View..dan baru lah aku perasan..dekat sgt kelab ni ngan port lepak melantak Kopi Luwak aku di Bandung selama nih..Kedai Kopi Ireng..hehe..kat Dago Atas kan..hmmmmpppp rindu kat kopi luwak plak...hehe

Pendekkan cerita, game kat Mountain View mcm biasa..aku masih di takuk lama..namun 2nd 9 aku baru panas katanya..hahaha..ok lah..dptlah satu par...satu par given tau..ha bermakne 3rd shot aku mmg bola tu landing sebelah lubang jek..maunye x given..hahahaha..but overall still koyak..i need to train more...

Di masa blog ini ditaip, aku masih mencari score card aku utk aku share..apakan daya, aku xtau lepas ke mana..submit kat urusetia tp x ambil balik..hmmm sedih..nk gak declare hcap hehe..

Yang penting kat sini aku nak sampaikan, Mountain View Golf Club is the hardest that Ive played so far..Index memang kaw2 rendah..fairway halussss..ada caddy pon susah nak jumpa balik bola..but caddy here bagus..tanya je apa2..dorang memang tau keadaan padang cni..ingat, tip 200,000 shj maksimum..

Green fees utk weekdays around RM100-RM150 kalau x silap..dan weekend around RM300..walaupun 3rd day macam nk repeat kat sini, namun dengan harga yg macam tu, aku main kat UPM je lah nanti..

Tips Putting:
Kalau nampak puncak gunung sebelah kanan, putt lah ke kiri dan begitulah sebaliknya..hehe

2nd Day akan menyusul..di tempat yg lain pulak....

Daa......

Wednesday, April 16, 2014

Walk On..... Walk On.....

YOU'LL NEVER WALK ALONE

When you walk through a storm

hold your head up high

And don’t be afraid of the dark.

At the end of a storm is a golden sky

And the sweet silver song of a lark.

Walk on through the wind,

Walk on through the rain,

Tho’ your dreams be tossed and blown.

Walk on, walk on with hope in your heart

And you’ll never walk alone,

You’ll never, ever walk alone.

Walk on, walk on with hope in your heart

And you’ll never walk alone,

You’ll never, ever walk alone.

Kopites! Feel loads of pride!!!

Sudah 24 tahun Liverpool tidak memenangi kejuaraan Liga..kali terakhir menang pon tahun 1990..masa tu pon belum lagi dipanggil English Premier League tapi First Division..dan biar lah kali ini kita julang EPL buat kali yang pertama..walaupun dh 18 kali jadi juara Liga..pray harder!

And mates....History will keep repeating...Remember that!

Friday, February 21, 2014

Melayu-Islam Islam-Melayu

Melayu-Islam dan Islam-Melayu merupakan laungan pertama setelah bangsa nusantara diMelayukan..di bawah satu kalimah syahadah dan satu fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah As Syairoh Wal Mathuriddiah...

Menjadinya kita satu Bangsa Jawi Baru yang terkenal dan gah di Nusantara kerana keberadaan kita di bawah Aqidah yang sama..Syariat yang sama dan Akhlak yang sama...

Namun ketika ini tidak pula kita bersatu...kenapa?mudah..bila anasir dan gerakan halus Dajjal dan tentera2nya selama beratus tahun ini maka fahaman kita diolah..ditusuk masuk fahaman jahat yang merosakkan ummah..

Kerna Melayu itu sifatnya halus..tiadalah ia memberontak selagi tiada kesan bercerainya anggota dari badan..tiada tampak hilangnya kasih dari jiwa...tiada khawatir iktiqod dlm diri....maka peperangan secara halus umat Melayu telah dijalankan secara sistematik dan tanpa pernah jemu...kerna Dajjal dan tentera2nya tahu bahawa hanya perbezaan Aqidah sahaja bisa memecahbelahkan bangsa paling bersatu dalam dunia ini...

Maka dengan lafaz Lailahaillallah Muhammadurrasulullah...bersama memfardhuainkan Aqidah yg joreh dlm diri, terimalah ijazah sanad yang soheh..maka bersatulah di bawah panji syahadah Ahlul Sunnah Wal Jamaah As Syairoh Wal Mathuriddiah..maka bangsa kita kan kembali agung....InsyaAllah...

Wallahualam...

Tuesday, September 3, 2013

Bandung Trip 109 - 609 pt.3

Aktiviti 3:

Private Boutique Guest House terletak di pinggir Kota Bandung..sebuah Mansion yg kiut lah..konsep Black & White menjadikannya kelihatan lebih elegan..gambar check it out my insta luv_qisnur atau my fren owhnia..lawa lah dan harganya berpatutan..

Selesai check in, kami terus ke Restoran padang yg terkenal Simpang Raya..masuk je terus dia hidang lauk..mmg ngam sbb masing2 lapar nasik...Bismillahirahmanirrahim....sedappp...

Perjalanan diteruskan ke kawasan Jalan Dago..sebab esok kan nak gerak awal pagi ke Tangkuban Perahu jadi kami beli siap2 roti di Kartika Sari utk sarapan pagi.. (mimpilah..kena cari nasik jugak..hahaha)..baju dan kasut xyah la beli kat Kartika Sari ni..imitation yg loqlaq tp harga kaw2...cari je kat Pasar Baru nnt..

Di sekitar Jalan Dago ni bnyk factory outlet punye kedai..singgah le ke Donatello, Blossom dan ape ntah lagi name kedai yg menarik...sempat jugak lah shopping sehelai dua baju dan boxer..hehe

Jam 8 malam layaklah tinggalkan tempat ini dan beransurlah ke look up point Kota Bandung..jom kita ke Stone Cafe..trip dulu x sempat singgah sini dan kita ke Kopi Ireng, kino kena la sempatkan diri..hehe..

Pemandangan yg cantik..tempat yg classy..ade live bank lagi..boleh requeat lagu tu...tp belum cukup hebat..kami menghangatkan suasana bila menghantar wakil Ebby dan Owhnia sebagai penyanyi undangan malam tuh..hahaha dh jadi sesi karaoke dh..lagu Menghitung Hari berkumandang memecah malam..chewah..hahaha..menu makanan pula semuanya sedap2, jd jgn ragu2 memilih..tema mknan kami malam td more to western food dan sorang bayar dlm 20 hinggit jek..hahaha.. melepet lah sampai pukul 11:30malam..sampai stone cafe tutup...hehe

Terus dalam perjalanan kami mencari soket 3pin..x ade ye...mmg kena cari kat kedai letrik..so vuat sahabat2 yg nk kemari, beli lah siap2 universal socket dua pin utk kita pakai 3pin kita...jgn mcm kami..menggagau..nasib baik Guest house pki lcd tv..so ade la usb port..hehehe

To be continue...

Bandung Trip 109 - 609 pt.2

Aktiviti 2:
Sesampainya kami di Puncak semalam, kami bersarapan..ada Joeheng, ada indomie dan juga nasgor..sejuk menyucuk..aku yg berobjek legap ini pon sejuk..yg tidak lagi lah..kami berehat di kawasan Masjid Atta'Awun yg punyai kemudahan selayaknya rnr di Malaysia..selesa..cuma kat cni amek wuduk ais kosong..basuh muke ais kosong..mandi pon ais kosong..hehe..kami bersependapat utk mencari tempat penginapan memandangkan waktu itu jam 6 pagi dan misi seterusnya adalah menawan Taman Safari yang hanya beroperasi jam 8:30pagi..

Berpusing lah kami mencari tempat penginapan yg Murah dan Selesa..pastinya yg hampir dengan Taman Safari...check in dlu, pergi Safari dan blik rehat..simple kan..yes...dlm lebih kurang jam 7:30 pagi kami berjumpa dgn sebuah Villa yg jaraknya hanya 500m dari Safari..memang bnyk villa namun semuanya harga juta-juta..pling murah pon 1.5juta semalam..tapi berkat usaha Villa Mawar ini cuma berharga rp700, 000 semalam..bahagi lah dgn 8 org maka sorang hanya bayar rm30++ sahaja..murah kan? Ala, villa ni cuma ada 3bilik tidur, 3bilik mandi, water heater, ruang tamu, ruang makan, dapur dan swimming pool..hahahaha..terbaik!!! Terus check in dan rehat....membongkang lah masing2...

Tepat jam 10pg...kami keluar dari rumah namun tidak terus ke Tmn Safari kerana semua bersetuju utk memasak mlm nnt..ye lah dapur dan kelengkapan pinggan mangkuk semuanya ada...jd kami terus ke pasar basah dlm 15min perjalanan arah berlawanan dgn Tmn Safari..pasar yg gayanya macam chowkit..ye la chowkit pon ramai org indo yg meniaga kan...cuma frust xde jual daun pandan..menu impian adalah nasi putih, sambal telur puyuh, bilis dan tempe berlada..itu jek, simple...dan jugak, pengat pisang..hehe..

Selesai di pasar basah, kami membeli simkad simpati habuan berkongsi cerita dgn keluarga dan rakan2 Malaysia...topup internet semua siap dan terus kami ke Tmn Safari..jgn lupe beli lobak merah..seikat rp10k jek...dan misi kami pun bermula...

Entrance fees sebanyak rp250, 000 utk seorg pelancong...mahal kan..lebih kurang rm80++ sorang..tp bila dekat nak sampai entrance pilot hery suruh kami diam...jgn bercakap..dan hasilnya, kami cuma bayar yuran penduduk lokal rp150, 000 wah....kami masih mengekalkan visi peecutian iaitu jimat dan selesa..hahaha..bermulalah perjalanan kami...

Kagum...puas dan sgt tidak Bandung Trip kalau tidak ke Tmn Safari..binatang nya banyak...kita dok dlm kereta jek x perlu berjalan..binatang mesra pengunjung..bnyk show yg best seperti Wild Wild West yg kelakar, dolphin, tiger show, moto yg dlm sangkar bulat tu dan wet games lain..perggggghhh sempoi....makan tengahari pon ade kat dlm Tmn Safari ni..cuma mahal sket lah..tp ish mmg bersyukur lah dpt masuk cni...puas..dh bleh blik kL..hahaha...kami beransur pulang jam 5:30ptg..itupon selepas semua show dh habis...hehe..

So terus ke Villa Mawar, berehat dan suri yg lainnya mula sibuk memasak...makan malam impian terhasil..main uno plak...dgn version uno yg macam2..namun pengisian hari pertama kami di Puncak boleh dikatakan tiptop! Tahniah buat diri sendiri..esok selepas bangun kami akan terus berangkat ke Bandung pula..perlu check in Guest House yg sudah dibayar...dan Kota Sunda menjadi destinasi tawanan seterusnya...

To be continue...

Monday, September 2, 2013

Bandung Trip 109-609

(Ini tulisan kedua sebab Blogaway wat spoiled..hangen aku..so mmg tulis ni cam malas2 sket..hehe)

Assalamualaikum wbt geng..

Kita ke Bandung lagi!!!

Sebab x berpuas hati dgn trip lepas, kami sepakat repeat! Hehe..kali ni flight jam 10:50mlm di Lcct..but plane baru nak refuel maka take off jam 12mlm...sampai Bandung jam 1pg waktu tempatan...Pak Hery dah sedia menanti...dengan van yg lebih besar dan selesa..mau tak selesa..van utk 12 org namun kami cuma 8 orang..hahaha..Selesa!!! Itu motif percutian kali ini..JIMAT DAN SELESA..

Acara pertama adalah Bakso Bola Lisut..hahaha sebab bakso dia sebesar bola lisut jd kami namakan sedemikian...sama je mcm acara sebelum ni..mcm acara Bandung trip Oktober lepas..sambil makan dialunkan suara para pengamin..wah syahdu..bosan? Mana bisa karpok..nga bisa..hehe

Selesai makan kami ke acara yang kedua...kedatangan kami kali ini lebih terancang dan lebih tersusun...ya lah sbb trip lepas kan mcm huru hara sket..balas dendam lah ni .hehe..kali ni mesti sukses lah! Hahaha (tp ada kat Malaysia org sebut 'ini kalilah' haha serupa mcm org baru nk blajar cakap Melayu..malulah... )

To be continue...

Monday, August 5, 2013

Salam Aidilfitri 1434

As salam geng,

Berarak kita meninggalkan Ramadhan yang mulia dan mula menjengah ke tirai Syawal..Bermakna lebaran kan tiba..Selamat Hari Raya dah boleh diucapkan dah tatkala berselisih sesama muslimin.Namun apa yang sudah kita kecapi selama Ramadhan yang mula berlalu pergi? Adakah lebih hebat 1434 ini berbanding 1433 dulu? Sesungguhnya, insan itu cemerlang bila hari-hari yang dilaluinya lebih baik dari sebelumnya.. Wallahualam..

Ok, cukup dulu tazkirah untuk diri sendiri.. ni nak cerita mana kita nak balik tahun ini? heehe..So finally, Im goin back to Kedah DA (Johor ade DT kan)..Bawak balik org umah for the first time untuk menyambut raya di Pokok Sena Kedah..seronoknya..dh mula terbayang dh..Pekan Rabu, Nasi Royale, Nasi Ganj, City Plaza, Pacific..hahaha and My School Kolej Sultan Abdul Hamid..Dah 13 tahun tinggal tuh...hehe

So kami adik beradik semua dh plan, raya kali ni reramai bawak tok gi Langkawi..Mak pon dh hajat lama nak gi bangunan baru HIG..Nak beli pinggan mangkuk..dan kebetulan, warung mak pun terbakar baru-baru nih (masuk Sinar harian tuh) memang KENA beli! so aku dah start angkat tong gas skang, stamina utk angkat barang-barang nnt..Nak harap org umah? backpain dia pon wat dia home rest dekat 2 bulan, lagi nak soh angkat barang? rentikan je la yop..

Aku skang dok kat ofis..tgh buat design untuk backdrop, bunting ngan booklet Hari Peneroka time raya nih..ye aku adalah designer yg dilantik sesuka hati oleh Bos..sebagai menganggap ianya satu kredit terhadap aku yg memang xde pengalaman dan benci lah komputer nih, aku Stand Up hadapkan jugak..Alhamdulillah logo yang aku cipta sebelum nih dah diterima pakai untuk projek perumahan yg sedang berlaku skang, so harap-haraplah aku berjaya harungi jugak tugas kali nih..doakan yek..

Malam ni rancangannya buka puasa kat umah..angkut barang yang dh packing masuk dalam kereta..kol 10 aku ade last ngeteh ngan sahabat-sahabat Wangsa Maju ni sebelum balik raya..then lam kol 11 amek ebby, gi cari burger king, then terus pelan-pelan kayuh ke Kedah DA..xde ape yang nak dikejarkan..dh lama dh x rushing, so 10jam atas highway pon ape ade hal..hehe..Doakan yek semuanya selamat..InsyaAllah aku juga mendoakan kita semua selamat sejahtera..selamat pergi dan pulang..selamat dan bergembira dgn percutian..dan WEIIII, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Friday, June 7, 2013

DahKalahKalahLah



Islam itu tinggi...Dan tiadalah yg lebih tinggi darinya...

Dengan mengangkat seorang pemimpin di kalangan mereka yang diragui akhlaknya adakah meninggikan lagi martabat Islam itu sendiri??atau menghina kedudukan Islam??

Dah kalah tu kalah lah...Lain Kali Lah!!!

Malaysia Tour


Salam geng...

Apa khabar semua..harapan agar sehat2 belaka dan berpenat lah sedikit musim cuti sekolah nih..hehe

So sejak bekerja nih aku rasa bersyukur la jugak..sbb kerjaku memerlukan aku utk sentiasa outstation..bukan apa..bila aku dok terperuk je lam opis ngadap PC aku akn dgn pantas hilang..mata jd berat..bontot tetibe ganti tulang belakang..dagu dh leh letak atas meja..hish xlwh aku..tdo je kejenya..klu tny kawan2 kt opis lame aku igu je lah kje aku..kdg2 siap berdengkur..tunghu nak ngigau berjalan jek..hehe

So semenjak dh keje nih aku dh sampai lipis..dh sampai jengka..dh pun jengah ijok kt perak dan mcm2 lagi lah...air terjun ke sungai ke laluan lah tu..hutan nih mcm makin dekat plak dengan diri..tempat yg aku pegi pon dh mkin pelik nmenye..semalam pun aku terserempak dgn nama sekolah sri ape ntah..nnt aku ingat aku edit la pos nih..mmg pelik..tahap x senonoh la name dia..hahahaha..anyway its Malaysia..always no1 in my heart..x suke Malaysia?ade beratus negara lain termasuk lah nama negara yg first gime aku dgr..ranking dlm fifa satu tangga atas dari Malaysia..korg cari lah nama dia..ha korg leh melepak sana klu x suka Malaysia..

Sewaktu menaip nih aku merupakan co-pilot kepada ebby aku..dia tgh drive..otw to Ipoh bwk pengantin..minggu nih kenduri sebelah laki lak..so org Ipoh be nice kay..hahaha..ipoh mali talak sombong kan?hehe

Layan insta td perasan ade memember nk gi manjat Gunung Irau kt Ipoh katenye..bile pikior balik betapa rindu lah diri ni nk mendaki..walaupun aku bakal last skali sampai kt puncak namun aku pedulik ape..motif sampai lewat tu bukan ape..supaya bila aku sampai nnt korg sume dh redi tempat baring..masak ke..ape ke..so terus aku landing jek..nampak x politik aku kat situ..hehee..

Anyway now at Behrang, buang ape yg patut..ebby dh ngade xnak bawak kete so sampai bertemu lah di next entry..jaga diri jaga kesihatan..Assalamualaikum wbt...

Friday, May 10, 2013

OH MALAYSIA


Adakah Malaysia ini belum matang wahai saudara-saudaraku?

Sejarah telah membuktikan yg Bangsa kita ini bukan lah lemah...Sejarah juga dh mencatat akan kebangkitan sebuah Bangsa yg baru..iaitu Melayu...Adakah Melayu juga belum lagi Matang wahai saudara-saudaraku?

Sememangnya boleh..kita semua juga boleh...Jalan panggung pala..Badan berkepak tanpa hirau siapa..kerna Lu sapa Gua sapa...

Namun seperti membina sebuah rumah..dh duduk dh pun rumah ini..rumah kita..turun temurun..senda gurau gelak tawa berkongsi cerita sedih dan duka..Biasalah bila bumbungnya bocor..lantainya kopak..dindingnya pecah...benda fana mmg x tahan lama...tapi semuanya boleh dibaiki..boleh dirapi..hanya masa yg menentukan..sabar...

Berlapanglah dada kita..kerna apa yg jadi sudah tersurat..kerna kita hamba Allah..baik dan buruk dari Allah lah jua..kita ini hamba yg sentiasa diuji oleh Tuannya...dan jgn lah kita bimbang dan ragu kerna kita akan hadapi bersama dan berjaya lepasinya seperti mana ujian sebelum-sebelumnya...

Kita dah biasa bersama kan..dari kita ada, rumah dh terbina..jiran2 kita ramai..ada yg gelap..ada yg cerah..ada yg pendek ada yg panjang..ada yg sempurna ada yg istimewa namun kita semua hidup bahagia...xkanlah kerna rumah kita rosak sikit kita nak tinggalkan pusaka ini...samalah kita baiki...

Terima kasih buat guru yg punya untaian Ilmu...mengingatkan yang....

Allah Tuhanku..Muhammad Rasulku...Islam Agamaku...Al Quran dan Sunnah peganganku...Muslimin dan Muslimat saudaraku..Kaum lain Jiranku...Melayu Bangsaku..Malaysia Tanahairku...

Hiduplah harmoni bersama-sama..buang lah amarah...kuburkan hasad...lemahkan nafsu..kerna percaya Allah ada setiap waktu...dan Akhirat jualah tempat dituju...

InsyaAllah dgn bersatu...apa pun halangan akan kita mampu!Kukuhkan apa yg ada..nescaya kita bahagia...demi anak cucu kita dan jiran-jiran kita...

Salam Rejab 1434..

ALLAHUAKBAR!!!

Thursday, May 9, 2013

Syarikat ke??


Salam geng...

Dh banyak minggu pikir....xdpt decide lg samada nk ke syarikat atau stay sebagai penjawat awam sekarang..

Any ideas?

Now tgh sibuk buat budget utk syarikat..mngadakan pelbagai keriangan dalam syarikat nanti..Tingkat 37 ye..tinggi tuh..erk!

So mase2 kecemasan nih la kena mintak petunjuk..Istikharah menjadi medan terakhir...berserah...

Tuesday, June 26, 2012

Gunung Datuk


Salam semua..

Dh 2bulan x berblog..apa khabar? ada baik? alhamdulillah...
Hari sabtu lepas, aku ade katering..so hari ahad ler aku bersama kengkawan nekad selepas pakat2 sangap nk masuk hutan..pendekkan cerita Gunung Datuk menjadi destinasi kami yg seramai sebelas orang..6 lelaki dan 5 wanita..eh 5 perempuan..hehe..Dengar cerita asalnya Datuk nih xde lah susah sgt..kurang sket levelnya dr Angsi..yg mana dua2 berada dlm Negeri Sembilan..mano laie klu bukan kek kg ayah den..hehe..cuma yg bestnye Gunung Datuk betul2 dlm Ghombau..dokek bonar ngan kg ayah..dh torang2 kona singgah..xsinggah karang kuang aja namo eh..hehe..so aku yg suci pemikirannya ini terpedaya lah..lalu bersetuju utk sama2 naik Datuk..klu ikutkan penat beb masyaAllah..aku setel katering sume kol 11 mlm tuh..sampai umah lelap jap dgn alasan nak tunggu bini balik umah then baru nak gerak..nasib jugak lah bini den balik kol 3pagi..dapatlah aku lelap lama sket..hehe..terima kasih tak terhingga buat Che Din yg sama penat katering dan berniaga namun sanggup penat lg utk memandu kereta ke rembau pergi dan balik..eh ape makan pil kuda ke dak nih??hahaha..ko mmg best ar din..nanti ko kawen aku sponsor tenaga aku bancuh air kenduri ko..klu ko izinkan lah..hahaha

Dari EbbyUbby place bertolak ke RnR Seremban kol 3 pagi..mlm tu ade game Spain..ala apelah sgt France..kompom Spain menang punye..France kuat dulu pun sbb Zidane semata..hahaha..marah dak2 France..main rugbi je lah eh..so kereta Che Din ber3..Din, aku dan Lea..klu Din ngan Lea jek entah sampai ke idak Rembau tuh..hahaha..sampai Seremban kol 4++..lepak beli air dan sapa menyapa kengkawan yg dh penat menunggu kitorang dr kol 2pg..ternyata sapaan kami berbalas sbb we all kan frens...huhu..xyah ckp bnyk, terus ke Gunung Datuk Ghombau sano...perjalanan yg mengambil masa aku xtau..ikut jalan mana pun aku xtau..sbb aku ade tugas yg lebih penting iaitu beradu..aku sedar2 jek dh sampai kek kaki gunung tuh..cuaca x mengizinkan kami memanjat lebih awal sbb hujan turun dgn sgt lebat membasahi bumi rembau pagi tuh..ade lah dlm kol 6pg kot..kami sambung beradu di dalam kereta..seingat aku pukul 7 pagi pichah dh goyang2 kan kete din kejut bangun..mase tuh ujan dh berenti..aku gagahkan jugak lah bangun dan bersiap nak mendaki..berbekalkan jersi Dortmunt kuning,tracksuit nipis ape ntah brand dia dan sandal ACG, aku dh redi..lets go!!!

Kami mula mendaki pukul 7:30pg..dlm lebih kurang 10 minit pendakian,hujan mula turun kembali..selebat2nye..Ya Allah dh mcm merentas longkang lumpur dh..dgn sejuknye..dgn kuyup nye ku gagahkan jua..Ayu salah sorang grup membe nih ade lelah..dgn sejuk camni risau lak takut jd ape2..tp sbb kan semangat dia kental dia gagahkan jugak..tp terus teranglah aku gtau..dlm 30minit mendaki tuh, hujan dok lebat lagi,klu lah Ayu x larat nak go on, aku dgn selambanye akan join turun bersama Ayu dan Abam Iwan..sbb dlm 30 minit mendaki tuh dh sgt azab,nak aku daki lg 3jam?oh x sanggup beb..tp xde lah rezeki aku hari tuh utk turun balik sbb Ayu larat kayuh lg..dan dia xnak org bahan dia sbb xdpt habis daki..hahaha..gile touk,dasat..untunglah abam iwan kite dpt gofren yg kental nih..aku dh mule mencuka dh..tp xkan nak kalahkan??so biar lah aku org terakhir sampai puncak, aku tetap akan berada di puncak..ini janjiku pg ahad tuh..

Pendakian diteruskan dan dlm sejam hujan dh berhenti..jaluran2 cahaya matahari mula menembusi denai2 dakian di Gunung Datuk..Ya Allah...sgt indah..mmg cam ish cane eh aku nak gambarkan perasaan aku time tuh...hmmmm contoh nye macam mase kite kanak2 dulu..dapat basikal baru..sampai tgh mlm pun korang nak kayuhkan..sampai kawan dh tdo pun korang terjerit2 depan umah dia kan..hepi sgt..bangga dpt beskal baru..ha mcm tu lah bangganye aku dpt tgk cahaya2 tembus cam dlm filem2 hollywood tuh..kena lak betul2 trek membukit..fuyohhhhh! eh pegi lah rasa sendiri..hehe

Abam Joe cakap x lama dh..jumpe je batu besar nnt dh dekat sgt lah ngan puncak..so setiap kali jumpe je batu yg asal besar jek aku tanye 'dh nak sampai ke? hahaha..mantul beb 2jam saiko diri sendiri..rokok ade tp lighter lak xde..sampai kuarkan dapur tp xdpt gak apinye..hadussss dugaan..gagahkan jugak lah kaki nih...dgn dh rase semut2 kaki nih xyah ckp lah..mau je aku sembur Baigon..mujur xde..aku macam biase menemani sweeper di belakang sekali..grup pichah dan che din dh jauh tinggalkan kami berlima (aku,iwan,ayu,aril dan yan..nak memanggil mmg xkan berenti lah geng2 tuh..so jadilah kami berlima ekor cicak yg terputus dr badan..hehe..2jam berlalu..akhirnya aku jumpe jugak batu besar tuh..hahahaha..abam joe pun ayat kate dh x lame dh..lepas batu besar nih puncak lah..punye lah hepi aku..kaki nih dh gigil2 memanjat..terbayangkan dapat berehat pehhhh mmg terbaik...tapi sayang....kono koncing...ado la laie 30minit!!!mak aiiii..tau cane rasenye??rase cam korang pegi pasar Ramadhan..beli air soya utk berbuka..sampai depan pintu umah air soya tu jatuh berderai kek kaki!!! hampa x?? aku rasa cam nak nanges...xpe...sket jek lagi kan...hahaha

Pendek cite sbb aku pun dh ngantuk nih, kami berjaya sampai ke Campsite puncak Gunung Datuk...kena naik 3 batu yg sebesar bukit lg..mmg dh disediakan tangga..so panjat jek..dan ternyata ape yg aku niat jadi..akulah org terakhir yg sampai di puncak! hahahaha...melepet aku..minum air umpama tiada hari esok..shapkok umpama selepas makan..syahduuuuu beb syahduuuu...lepas dh hilang lelah barulah aku naik tangga ke3 utk berada di puncak Gunung Datuk..cam x caye..Alhamdulillah syukur...Allah izinkan jugak hambanya ini sampai...maka mendapatlah batu puncak tuh kiss pueh hati dari aku...hahahahaha

Kenangan ini akan aku simpan dlm lipatan perjalanan hidupku..xkan sama apa yg korang tau dgn ape yg korang rasa..jadi pergilah mendaki dan nikmati keindahan alam ciptaan Allah yg Esa..semoga kita bertemu lagi di masa yg lain..Salam Gunung Datuk buat semua..

Adiosss...




Monday, April 9, 2012

Melayu Kedah Terakhir: PENGANIAYAAN TERHADAP ITIK ANGSA DEMI NAFSU

Melayu Kedah Terakhir: PENGANIAYAAN TERHADAP ITIK ANGSA DEMI NAFSU

Kita dah cukup hebat?


Salam geng...

Ha inilah jdnye bile dh lame x berblog, tetibe jd rajin lak..hehe..kat cni saje je nk ngomel ttg seorang insan hebat nih..adalah seorg makcik nih..bg aku dia cukup hebat..dan dia cukup kental..aku rasa impiannye xde lah besar sgt mcm org2 zaman skang nih..yg mana berimpian lebih dari apa yg  dkerjakannya..x balance.. (samalah mcm aku)

Hari ini hari pemula minggu bagi minggu ni lah..so mgu lepas ade sorang makcik nih..dtg jumpa Mummy..nk kerja katanya..ok lah Mummy cakap..leh mula kerja hari Isnin..so td pg dia pun dtg lah..dlm pukul 7:30 mcm tu..trend zaman skang kan org main beskal..makcik ni pun dtg naik beskal..dan mula kerja..

Dia punya tekun keje nih dh buat aku impress dh..tambah lg dgn kelajuan dia..perghhh kagum dow..sampai sayur utk esok pun dia dh siap potong dh..dia punya shift kt gerai x lame..dlm pukul 7:30pg sampai kol 11:30pg jek..kire ok lah..sbb umur dia pun dlm lingkungan 40-50 thun..aku rasa lah..kdg2 aku ni pun ngarut gak klu teka umur org..hahaha

X kagum sgt lagi kan?xde pun gatal kepala dgn khebatan makcik ni kan?ha di sini sbnarnye khebatan makcik tuh..makcik nih sbenarnye ade 3 pekerjaan!waktu pagi sebelum Subuh dia dh bgun bekerja sebagai 'cleaner' kt PPR Sri Semarak...kol 7:30pg akan sampai ke gerai Mummy utk menjalankan tugas di dapur sampai pukul 11:30pg..dan knapa sampai pukul 11:30 jek? sbb makcik nih kna balik umah dia dan bersiap plak..bersiap nnt pkul 3/4 nk kna ke Pasar Malam..meniaga pasar malam hampir setiap hari!perghhhhh gempak..ape jantung dia kt luar ke?aku penah kot meniaga pasar malam nih..aku tau azab penatnye mcm mana..kol3/4 nk kna sampai dh kt tapak...bukak tapak dan meniaga melangut mahsyuk sampai kol 10/10:30mlm...kemas closing lg..silap2 kol 12/1pg bru sampai umah...penatttttttt....itu ape yg aku lalui dlu..dan tengok makcik ni plak, fuyooooo mmg wajar dan seharusnya dihormati dan djadikan contoh..nape la aku x serajin itu...

Aku berdoa agar makcik ni akan stay lame kt Mama Nasi Campur..lgpun skrg ni x senang nak mncari org yg nk bkerja kedai makan nih..stay la ue hendaknye..wpun baru sehari makcik keje..tp klu x mula dgn sehari tu, manakan tiba seminggu..sebulan dan setahun kan...hehe

Ok lah..cukup sekadar sampai di sini..ambil yg baik sebagai teladan dan yg buruk dr aku nih sebagai angin yg lalu..jgn diambil..cuma sedar yg ianya ada berlalu..sbb aku dan kita2 sbnarnye sedar..ada yg lebih hebat dr ape yg dh dianggap hebat..bnyk sgt cerita org2 hebat..tp cukuplah utk aku sekadar berkongsi ape yg ade di sekeliling aku..xkan lak aku nk cte pasal Syed Mokhtar lak kan..hehe..so sampai bertemu di lain masa..

P/S: Terima kasih x terhingga kepada sahabat2 yg melapangkan masa membaca blog aku nih..xseberapa pun..tp syukur ade gak yg baca kan..komen2 membina dr anda adalah diharapkan..kita bersahabat dan berkongsi sepertimana perkongsian kita di bumi Allah ini..Assalammualaikum..

Adiossss

Sunday, April 8, 2012

Jangan Terpedaya


Salam geng...

Terdahulu aku nk ngucapkan selamat hari senin buat semua kengkawan..dan selamat bertugas pada semua yg ada tugas dan yg x ada tugas tu selamat jugak hendaknya..hehe

Cukup dgn mukadimah yg indah itu..haha..aku kt sini nak bercerita ttg SCAM..tau x ape itu?ala yg tipu2 org tuh..ala yg aku pun pnh kena tu..hahaha..kali ni modus operandinya berbeda..tp objektifnya kok sama..mau menipu org..ya ter'Ahmad Dhani' lak aku..hehe..watak dlm kisah ini terpaksa dirahsiakan..kerana ianya adalah sbb aku xnak dedahkan..sbb blog aku kan..jd ikut suka aku lah ye...jgn serius sgt..sket2 udah..

Mgu lepas bersamaan ngan hari Selasa..mcm biasa aku ada di gerai..tgh shapkok kek kedai sebelah datang lah Mr X memanggil aku..katanya urgent dan mintak ikut dia..keyword nya 'rezeki kot ni'..mintak lah aku temankan nya..sbb ape aku diminta utk menemaninya?ok, aku bukak lah rahsia sket..aku sebenarnya bergurukan Wunan..ala Wunan, x kenal?cucu cicit Pendekar Laut tuh..kebetulan aku dh pun di tahap 70 Petala Langit..so.aku djadikan bodyguard..kahkahkah

Ceritanya bermula begini..Mr X yg kehilangan spek mata terpaksa membuat spek baru..jadi beliau telah ke tempat biasa beliau iaitu kedai spek Danau Kota..dh selesai dptkan spek baru beliau terus menuju ke kereta dan menghidupkan enjin..baru je masuk gear satu, seorang perempuan Hindu mengetuk tingkap ala2 Direct Saler gitu..

Mr X malash layan tp sbbkan ayat manis girl tersebut, gear terpaksa di free kan dan berlaku lah perbualan..Mr X diminta cabut sekeping kertas mcm kertas undi tu dan diminta gores kertas tersebut..selepas digores, girl tersebut pun bersuara 'ayoyo incik...ini byk grand punya hadiah..xdak senang mau dapat wo..sikijap ar..saya mau kena call itu ofis...' (itu bukan lah 100% dialognya, tp lebih kurang lah..aku pulak bukannye India..jd aku anggap mcm tu lah bunyinya..) Perbualan telefon diantara girl dan org ofisnya berlaku..Mr X diminta bercakap dgn pegawai tersebut di telefon..dan pegawai itu pun bercakap 'Incik, u sudah gores dan dapat itu grand prize..u akan dapat itu kereta Camry sama itu MyVi..''ini semua sbb kita mau lari itu income tax jadi kita mmg tiap2 tahun ada kasi itu luckt draw punya..'ok lbih kurang le cenggitu..Mr X tanya..mcm mana mau claim itu hadiah?pegawai itu cakap 'ada syarat yg perlu dipatuhi..bila itu dua2 kereta sampai..incik kena bayar RM18,600..' Mr X lalu berkata jd ini bukanlah bnd free la..'bukan..tp klu vandingkan dgn harga kereta, incik still untung banyak tu...' kata pegawai..'jd ini macam..sekarang ofis ada di Kepong..Incik bawa datang RM18,600 cash sbb kita mau bukti yg incik mmg ada itu duit..kita xmau nnt kereta sampai tp incik xdak itu duit mau bayar..kita xdak ambil itu duit..kita cuma mau tgk saja...'tambah pegawai India itu...

Pendekkan cerita, Mr X setuju..siap baik hatinya Mr X ni bwk lg girl yg bg kertas gores dan menang tuh ke klinik kesihatan ibu dan anak di Sri Rampai..Mr X xckp byk terus withdraw RM18,600 sbg bukti yg dia punya akan itu wang...selepas keluarkan wang, takdir Allah..digerakkan hatinya mengambilku di kedai..jd bermula lah episod aku mengikut Mr X..kereta dipandu laju menuju ke Sri Rampai..pickup perempuan mengandung td..aku hanya dok disebelah memegang beg berisi duit..sbb kan aku nih jugak baik hati..walaupun diceritakan kisah ni aje aku terus dah jatuhkan hukuman bhw ini adalah scam...tp aku folo je lah..tugas aku agar RM18,600 ini selamat dibawa pulang..

Sampai kt Sri Rampai,sepasang India masuk ke kereta..aku usha tepat je muka sekor2..yg perempuan aku bajet umur dlm 19thun..yg lelaki dlm 21thun..haram xde rupe pompuan pregnant pun..aku h geleng kepala..dorang sepasang dh mula curiga dan ade la nmpk goyang..itu belum abang goncang lagi tuh..hahaha..Lelaki India tanya Mr X siapa aku..selepas diterangkan, dia pun diam jek..diam sampai lah ke Kepong...

Dlm kereta tu aku dh mula nk selidik nama kompeni..tp bila tanya dorg pun ragu2..ckp pun ade gigil2..aku yg genius dan punyai pengalaman nih, buat2 telefon balai kepong..mcm ni bunyinye...'Assalammualaikum..bz ke tuan?ada mana?balai ke?aku odw area2 ko nih..nk gi satu company..dpt hadiah kete..leh la jpg minum2..ala..klu kna tipu ke jpg ko dtg lah..aku sampai je ofis dia aku whatsapp kan location kay..?ok..hahaha..tuan la blnje...ok ok..' aku pun letak tepon..aku ckp kt Mr X jgn rsau..Inspektor akan backup kita nnt..hahaha..gelak yg penuh makna..huhu..

Pendekkan lg cite..kitorg pun sampai la ke ofis yg dimaksudkan..blok rumah kedai..ofis di tingkat dua..kitorg masuk ke dalam..dan dibawa ke bilik pegawai yg ckp tepon ngan Mr X td..on the way ke biliknye ternampak seorg Ah So lingkungan 45-50 thun..sleeveless menayang ketiak yg berbulu..aku dh kompom, ini scam..hahaha..ape la bodoh Ah So tu duduk situ..masuk je ke dlm pejabat, aku dan Mr X duduk..Mr X mintak agar diceritakan ttg perkara sebenar...dia gtau aku yg setiap tahun dorg berjaya larikan diri dari income tax sebanyak 1.5juta..dia sebut perkataan lari cukai tu..hahaha..cam beginner sgt company nih..haha..then dia nk aku tulis no siri duit RM18,600 tuh..aku tny utk ape?katanya syarat..aku tanya nama company dan dberitau EH Trading..terus aku call ke KPDNHEP..ini betul2 punya call..aku check nama company..xde..aku mintak no AJL baru tergagai nk cari..aku pun bangun dan aku ckp...sedikit meninggi suara..APA LU INGAT KITA BODOH KA?APA LU PUNYA NAMA?IC NO?LU MAU GUA REPORT KASI SITA INI OFIS?INI COMPANY?HA MAU?TGK OFIS PUN TAU MENIPU..1.5M KONON SETAHUN CUKAI..PUIHHHH!!!! Mr X tenangkan aku..dan katanya biar je lah asalkan kita selamat..aku pun tarik nafas...lepas...tarik lepas...hmmmm jom lah kita balik..sempat lg aku hentak meja..lalu kami pun berlalu turun..masuk je dlm kereta aku beritau pada Mr X yg lain kali jgn percaya ini semua..tgk keadaan ofis pun dh tau penipu..

Jadi kami terus kan perjalanan ke bukit Jalil utk ambil Ebby..dh lewat dh kan..hehe..so kisah ini sememangnye menjadi pengajaran buat Mr X, aku dan kita2 semua..harapan agar kita akan menjadi lebih bijak dlm berurusan dgn manusia yg lain..bayangkan klu masa kitorg masuk ke ofis tu, kitorg dikepung..apa akan jadi dan apa yg akan berlaku pada kitorg masa tu kan?tiada lah guna 70 Petala Langitku di kala itu kan..hahaha..Alhamdulillah syukur..Allah masih menyayangi kami dan tidak lah diizinkan yg buruk itu berlaku..report dh cuba dibuat dgn KPDNHEP tp void ler..sbb xde langsung nama penipu2 tuh..ceh..semua sbb Mr X terlalu penyabar org nye..hehehe..anyway heppi monday all..jgn blues2 sgt..kerja kasi kuat..supaya nnt cukup makan dan tdak menipu org lain..InsyaAllah...

Adiosss...

Sunday, March 11, 2012

Pengajaran Berharga



Salam geng...

'Biar lambat asalkan selamat' kata2 nasihat ini adalah seharusnya dijadikan panduan dlm kehidupan seharian..namun bg aku ianya sgt sesuai dipraktikkan mengikut sesuatu keadaan.tidak semua waktu kita perlu untuk lambat..ianya mcm aku ckp td,bergantung pada keadaan..

Kata2 tersebut tidaklah sesuai untuk dipraktikkan dlm bidang perniagaan amnya dan dlm bidang perniagaan berkaitan perkhidmatan khususnya..bila perniagaan kita bergantung kepada kepuasan pelanggan ianya adalah amat pernting untuk kita senantiasa cepat..korbankan lah sedikit masa makan, tidur, berlibur dan bersama keluarga..pandai2 lah membahagikan masa..

Aku akui yg aku ni malas..tp mungkin Allah nk berikan pengajaran pada aku agar bangun untuk lebih bingkas bekerja..aku hanya peniaga kecil yg mencari sesuap nasi dgn perniagaanku..xbukak kedai maka tiadalah rezkiku melalui perniagaan itu sendiri..lain dgn org yg makan gaji..cukup bulan pasti masyukk..aku dh penat dan lelah dgn makan gaji..bukannya xbgus namun ianya xcukup bagus utk aku yg mmg xsuka duduk di ofis..aku xdpt nak berikan 9jam masaku kepada org lain..sedangkan masa utk diriku pun aku berkira, apatah lagi untuk kompeni dan majikan..

Jadi baru2 ni aku terkena akan 'tamparan' yg amat dasyat akibat lambat..aku sedar kesilapan diri..aku tau di mana puncanya..dan aku perlu utk berubah..usiaku belum lagi 29 maka adalah belum terlambat utk ku berubah..bukan aku xnak hidup macam org lain..cukup makan cukup pakainya..namun kesilapan lalu telah menrencanakan hidupku di masa kini..aku bukanlah pengecut yg mahu lari dari masalah jd dgn tabah aku hadapinya..impianku hanyalah satu..selain dr menjadi hamba abadi Allah SWT, aku hanya ingin diriku yg semasa hidup di bumi fana ini tidak menyusahkan org lain..semoga impianku menjadi kenyataan suatu hari nnt..

Kepada mereka yg di sekelilingku, bersabarlah..aku sedang berusaha keluar dari kemelut dan belenggu permainan duniawi yg menghimpit..sabarlah kerana aku juga sedang bersabar dgn dugaan dan cabaran yg kian hebat datang padaku..sabarlah sesungguhnya separuh dari iman itu adalah sabar..dh x lama lagi..aku pasti segalanya akan berubah..usaha demi usaha tanpa henti..habis akal baru tawakal..insyaAllah kita tidak selamanya di bawah..sokongan kalian tidak akan ku khianati..demi masa depan ku yg cemerlang..

Bak kata org Kedah, aku kena celapak dlm tugas seharian..'Biar cepat jgn lambat'..Salam dinihari..

Adiosss...

Tuesday, March 6, 2012

White Water Rafting




Salam geng...

Ada baik hari ni?harap2nya lebih baik dari semalam..aku je yg dok selsema xhbis2 lg akibat rafting hari tu..balik rafting ok lagi..balun lak tdo dlm aircond, hamek ko pakej..xlega lagi nih..dh sepapan panadol soluble aku telan..hehe..sudah meraban pasal aku..now nk cite pasal WWR hari Sabtu hari tu..hahahahaha..jgn jelez yek sepertimana aku jelez dgn org yg pegi sebelum2 nih..hehe..

Program WWR adalah program duo dgn caving Gua Tempurong..selesai lunch kitorang seramai 19org menuju ke port brader Amy nih..8 org lg x join atas sbb yg xdpt aku pastikan..mungkin dh ade janji ngan org lain kat Lata Kijang kot..huhu..layan rafting kek Sg Kampar..khas buat beginner yg mcm aku..level 1-2 je ade cni..3-4 kna gi layan kat Slim River atau pun kat Chilling..sorry xdpt nk upload biz card Amy sbb bberapa masalah teknikal..tp sesape nk layan rafting leh comment kt cni..tanpa segan aku bg no dia..deal sendiri..huhu

Kitorang sampai kt port lebih kurang pukul 1++ lah klu xsilap..bersiap bagai..pakai jacket, helmet dan amek paddle sorg satu..bikin bulatan n dgr kata dua dr Brader Amy..Leader Guide WWR kitorg..hehe..semangat nih walaupun aku tidaklah pandai berenang pon..hehe..so seramai 19 org dbahagi 2..dlm 7org port dlm storm..nak pegi starting point..aku bersama 11 yg lain ke dalam lori..jd kambing jap..hahaha..mana nak rasa, kt cni lah bleh naik lori ramai2..huhu..perjalanan sekitar 20minit..cuaca tatkala tu panas terik..gegirl yg ade dh mula lah pakai sunblock..ade gak yg muke dh mcm kna grill..aku?xpe, dh mmg black..nama pun man in black kan..hehe..pendek cite kitorg pun sampai le kat starting point tuh..total sumenye 4 boat utk kitorang..3 boat ade 5org+1guide dan satu boat tuh 4org+2guide..so the journey start..hehe

Guide aku?brader Amy..hehe sempoi..walaupun katenye Amy xpandai berenang tp aku anggap dia pandai..sbb dia kan guide..hehe..so selepas dh masing2 placing dlm boat tuh, doa dibaca dan kami pun cargaz..hujan mula turun dgn renyainye..alhamdulillah, keadaan tdaklah panas..canteksss...kitorang mcm kepala la pada boat2 yg lain..ape2 kitorg wat dulu..walaupun xberjaya menempuh double decker, tp mwrasa jugak lah bila boat member terjatuh di rapid yg pertama lg..bukan double decker lg tuh..hahaha..pantas dan tangkas Amy menyelamatkannya..dah lebih dah pengalaman boat kitorg dr boat yg lain..hahaha..kitorg start layan double decker dlu tp sebelum sempat menjunam ke ctu, aku dh tergelincir jatuh ke dlm boat..hahaha..terus pemanduan boat jd ke sisi double decker..hahaha..punca ke?nk wat cana, dh tergelebak jatuh..nasib dlm boat lg..hahaha..so kitorg sekadar melayan jek team2 lain wat double decker tuh..huhu dpt tgk pon ok..sbb tepi double decker tuh pun dasat jugak..tp aku xnmpak la sgt sbb tgh bz peluk tiub tgh boat tuh..hahaha

Rapid2 yg ada diharungi dan dilalui..Guide buat boat terbalik dan semua tercampak keluar pun sempoi..nasib lah dia pandai cri port sebab dia jatuhkan kitorg kt curam..tp depan tu sket dh air tenang..so aku yg xpndai berenang ni pun berjaya hadapi..itu yg jd excited lebih tuh..hahaha..kerja kita atas boat cuma dgr je instruction dr guide..bila dia kata forward 2x, maka nya 2 kali lah kna kayuh..backward pulak kayuh lah dr blakang ke depan..simple kan..hehehe..

WWR  yg kitorg lalui dan dayungi nih adalah selama 2 jam! puas hati touk..bukan kejap2..dgn cuaca mendung..hujan renyai2..member2 semuanya stedy dan bersatu hati..xde puak2..semua ini membuatkan WWR kita berjalan sgt lancar dan menggembirakan...sesiapa yg nak rasa diri ni dipukul deruan dan hentaman air sungai dan batu, makanya WWR adalah sgt sesuai dgn anda!!!rasakan sendiri diri anda dilambung dan diketai2 oleh air..safety diutamakan dan anda x perlu risau..pergilah ke Sg Kampar utk mula berjinak dgn WWR..sesuai sgt utk mereka yg junior seperti aku dlm sukan ini..hehe..

Jom layan gambar yg x seberapa nih..Gambar lain ketika berWWR leh didapati di fesbuk brader props..sbb guide yg pgg camera dia..klu aku nak mendayung, aku jugak nak tangkap gambar ketika org lain mendayung memang tak lah touk..huhu so gi round kat fesbuk dia..hehe..so sampai bertemu lagi di aktiviti yg lain dan yg pastinya akan lebih mengancam..salam 1Malaysia di angin lalu..penuh kerinduan peluk cium..hahahaha!!!




Jom layan Slideshow yg dh disediakan oleh brader props kita aka Yatt Mansur..leh add dia kat Fesbuk.

Layanzzzz... SLIDESHOW

White Water Rafting Sg.Kampar 03 Mac 2012

http://www.facebook.com/photo.php?v=336684793033531

Adiosssss....

Monday, March 5, 2012

Caving at Gua Tempurong


Salam geng....

Seronoknya......hehehe..bila dh jadi pecinta alam nih, mana2 pegi pun seronok sebenarnya..tambah2 dgn rakan2 sekepala..hahaha..tahniah buat dri sendiri dan rakan2 yg menjayakan program kita ini..hehe

Program bermula Subuh lagi..di rumah sendiri..selesai solat Subuh, Shell Jalan Duta dijadikan tempat berkumpul..belum lagi dapat kira kekuatan anggota kali ni kat Shell..sbb organizer tukar port kumpul..nak bg sume makan so kitorang berkumpul di hentian Tapah..lapik perut dulu dgn sarapan pagi..kita semua x menunggu lama sbb kebanyakan peserta sampai on time..lepas makan terus cargas ke tol Gopeng sbb Mr Cicak dh menanti di sana..dan di situ jugaklah port terakhir berkumpul bg semua sebelum ke Gua Tempurung..sbbnya ada seorang dr Penang dan beberapa org dari Perak..Total ada lah 27 orang..dah cukup anggota kami pun bersama ke Gua Tempurung..destinasi pertama kita di pagi Sabtu itu..hehe

Perjalanan yg mendamaikan pagi tuh..jalan kampung je nk ke Gua Tempurong..fresh pagi tu dgn bau2 taik lembu..halamak, mana nak dpt tgh kL kan..menyengat pale..hehe..so kitorang mula bersiap ngan pakaian masing2..bg yg xde kasut atau yg ade kasut cantik2 tuh jgn rsau..hanya dgn RM8.80 anda akan mempunyai sepasang kasut Adidas Kampung yg sememangnya sesuai utk aktiviti hijau anda di masa akan datang...hehe

Selesai sedikit briefing, kami mula cargas masuk gua..seperti biase gua nih mmg djaga dan telah dicantikkan..jgn rsau dan takut sgt sbb anda xkan dapat pengalaman mcm crite The Cave atau The Descent..huhuhu..just follow ur tour guide..kitorang memilih laluan no 3..to top of the world dan turun ikut bawah laluan naik td..best woo..mcm main sliding kat sunway lak..hehehe..kaki aku masih sakit tp tq kat owhnia yg awal2 dh bg pain killer kat aku..huhuhu..

Bercaving selama 2 jam stgh jek..bergambar ape yg patut..padahal sepanjang dlm gua tuh itu lah aktiviti kitoeg..hehe..kuar je dr gua, makanan tghari dh tersedia..teeima kasih wat makcik yg menyediakannya..sedap..kepada organizer, u have done a very wonderful job..tahniah wat Pichah dan Cicak..Memori ini akan kekal sampai bebila..hehe..sape yg x pergi leh pegi..bawak keluarga anda berjalan2..hehe..kat cni aku sertakan beberapa gambar yg diambil dr album brader props..credit to him..pasni aku wat entri WWR laks..hehe..

Pastikan barangan berharga yg dibawak masuk dibalut dgn plastik kaw2 dlu sebelum disumbat ke dlm dry bag..jgn prcayakan dry bag 100%..hehe

Ok, adiosss...

Welcome March



Salam geng...

Naik geli bertambah ghimas telinge aku mendengar pengkritik2 filem sukarela yg ada kt sekeliling aku nih..masing2 bercakap pasal Adnan Sempit 2..ye ye aku tau aku x gi lagi..huh!!!

Setelah berbincang 2-3 patah dgn ebby, persetujuan dicapai..hehehe..kitorang akan meraikan kedatangan March dgn melayan cik denan...so tiket dibeli dan kami mula menonton..port kitorg x lah senpoi sgt sbb xleh nak beli on9..makanya agak ke depan la sket. tp xpe..xde lah mendongak sangat..

Aku awalnye agak teruja dgn filem nih..tp ntah la mood tetibe hilang..dh dlm panggung dh..nk di ape kan lg kan..layan je lah muvie tuh..so penceritaan x jauh beza lah dgn yg pertama..si denan masih dgn sempitnye..cuma jalan crita kali ni lebih menampakkan keseriusan hubungan denan ngan nadia..nadia pun bertambah comel dlm cite nih..hahaha..wawa ttp lebih comel..cuma pengarah lebih banyak memediumkan wawa dlm memerli golongan direct selling atau MLM yg ade kat luar sana..well, pendapat memasing..

Bagi aku secara peribadi dan berharap x mempengaruhi sesiapa, crita ni mampu buat anda ketawa..cuma xjauh sgt bezanya dgn yg pertama..contohnya ending yg aku xtau la..mgkin pengarah nak jdkan ending utk denan sempit dgn scene bilik meeting kna serang ngan budak2 denan nih sbgai satu trademark filem nih..well, aku masih rasa xperlu ending yg sebegini..cukup dgn lepas denan kantoi pakai earphone, denan frust dgn just kuar dr bilik tuh..hehe

Ape pun filem Adnan Sempit 2 bg aku berjaya..dan tidak akan jadi penyebab kalau tahap filem Melayu jatuh sket akibat filem2 sampah yg lain..hehe..so Adnan Sempit x busuk bro...huhu..Pakat2 lah pegi tgk...ianya menghiburkan...

Adnan Sempit 2 - 3 Star!!!!

Adiossss...



February Closing



Salam geng...

Tahun lompat 2012 bg bulan penentunya February dh pun berlalu..sebabkan aku x hendak menutupnya dgn kejadian kemalangan, aku lalu nekad..pas jumpe doc kat klinik, aku, ebby dan rakan2 pegi menonton movie..hahaha..mintak doc inject ubat tahan sakit satu kali, then trus ke wangsa walk..dgn capek2 tu aku berjalan gi nengok..harap2 citenye best la kan..hehe

Aku diajak menonton 'This Means War'..hahahaha..steady terus..ilang lah kejap sakit aku tuh..sbb dok gelak jek..maybe dh terlambat utk aku komen pasal cte tuh, so aku xnak komen byk..mase aku gi tgk pon cte dh suam dh..hehe..sesape yg belum tgk silalah pergi..sbb pasti x nyesal..cuma lelaki2 mithali dan sejati pasti akan ada sedikit x puas hati dgn ending crite nih..ye lah x seperti yg kita harap..cuma bg perempuan, tahniah kerana anda dapat apa yg anda hajati..hehe..so enjoy!!!

THIS MEANS WAR -3.5 STAR!!!!!

Adiosss...