Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Wednesday, August 18, 2021

KEHENDAK RAKYAT


Kadang² aku terfikir...

Rakyat mahukan Orang Kena Tuduh membersihkan diri di Mahkamah. Selagi x bersih korang mmg dianggap penjenayah. Contoh pada Kluster Mahkamah sekarang.
Rakyat pun x suka tuduhan² yang digugurkan tanpa sebab musabah. Xkan sebab kau Kerajaan, kes kau gugur? Contoh Kes Penang, Kes Sabah, Kes Perak dan lain². Boleh kata rakyat mahukan kepimpinan yang bersih dan bukan kluster mahkamah atau mereka yang salahguna kuasa.

Namun tahukah rakyat bahawa Sang Penguasa mampu melakukan penciptaan pelbagai tuduhan² untuk membunuh musuh² politik mereka? Jangan la jawab x tahu pulak. Tahukah juga rakyat bahawa beribu kertas siasatan yg dibuka namun tiada tindakan yg diambil? Apakah siasatan yg dijalankan itu hanya sia² dan tanpa tuduhan mereka itu bersih sesuci embun pagi? Hanya kerana mereka sama kumpulan dengan penguasa.

Jadi bagaimana pula watak Sang Penguasa atau bekas Sang Penguasa yg berkelakuan demikian? Biarkan dan tunggu sahaja pengadilan Yang Maha Kuasa di Mahsyar nanti? Macam tu? Sambil sebilangan mengesat air mata sedih menangisi perginya seorang pemimpin? konon hero rakyat.

Maka dengan apa yg telah berlaku, rakyat kebanyakannya tidak ambil peduli akan hipokrasi kepimpinan dalam negara. Kebanyakan rakyat pun dh malas ambil port dengan mereka yg menyalahgunakan kuasa ini. Sudahnya rakyat hanya mampu melihat apa yg berlaku sambil meneruskan kehidupan sendiri. Semuanya gara² kuasa dan harta. Bersepak terajanglah tanpa henti.

Bagi sebilangan rakyat yg masih mengikuti drama kekuasaan ini, apakah mereka sebenarnya mahu turut berada dalam lingkaran kuasa? Wujudkah mereka yang mahu membantu memperkemaskan dan memperelokkan struktur kuasa ini? Atau mereka tahu hanya dengan kuasa sahaja barulah segala yg susah jadi mudah? Atau ianya semata² dianggap Fardhu Kifayah kerana meninggalkan semuanya boleh memudharatkan Agama, Bangsa dan Tanahair? Golongan rakyat yg manakah letaknya kita ini?

Siapa sebenarnya yg rakyat akan sokong? Siapa yang rakyat mahu? Mereka yg elok dipandang mata? Mereka yg bersih suci tanpa sebarang salahlaku yang belum tentu wujud? Mahukan sebuah kepimpinan yg super hebat ala² kepimpinan Para Nabi dan Rasul? Kepimpinan Auliya juga difitnah sepanjang masa. Kita pulak muda terpengaruh bila bab fitmah ni. Jadi apa yg sebenarnya kita mahu ni? Yang rupanya bagaimana? Yang macam apa?

Pahit namun itulah kenyataan..Demokrasi adalah sistem politik kuffar yg akan sentiasa membuat manusia itu berbalah. Pengakhirannya yang menang adalah mereka yg telah meletakkan kuasa itu menjadi tuannya.Tanpa kuasa, hilanglah segalanya. Waima kesihatan juga kehidupan. Bukan dah kita dalam zaman mencari yg terbaik di kalagan yg elok. Namun zaman ini adalah memilih yg mana paling kurang mudharat di kalangan mereka yg khilaf.

Semoga kita lebih bijak menilai tentang siapakah yg seharusnya perlu dipinjamkan kuasa itu. Kerana rakyatlah punca kepada kuasa pemimpin² kita.

#KerajaanBaginda
#KitaJagaKita
#BebelanMalam

Friday, June 7, 2013

DahKalahKalahLah



Islam itu tinggi...Dan tiadalah yg lebih tinggi darinya...

Dengan mengangkat seorang pemimpin di kalangan mereka yang diragui akhlaknya adakah meninggikan lagi martabat Islam itu sendiri??atau menghina kedudukan Islam??

Dah kalah tu kalah lah...Lain Kali Lah!!!

Monday, January 23, 2012

1Malaysia

Rumah Kita -ND Lala


Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita...

Benarkah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Duduklah di kerusi,
Jangan duduk di lantai saja...

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa...

Rumah ini rumah kita,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita...

Benarlah ini rumah kita,
Makan la isi,
Jangan hanya hirup kuahnya...

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata.


Salam to all...

Aku kat sini bukannya nak menceritakan ttg politik kepartian sempit yg rata2 nya memenuhi laman sesawang dan sosial yg lain..Aku rasa terpanggil untuk mencoretkan apa yg aku rasa dlm blog aku sendiri..Aku cuma sekadar blogger jalanan yg punyai masa untuk bercerita..ok mcm ni, cuba kita halusi lagu dan lirik Nd Lala ni..ye dia merupakan penyokong kerajaan..aku sendiri penyokong kerajaan..aku bukan penentang pemerintah..Tetapi sokonganku tidak lah membabi buta..perlu ada fakta utk menyokong segala macam tohmahan..bila ada fakta baru ianya di kira berita..walhal klu PR sendiri menjadi Kerajaan Persekutuan aku xde la nk berdemo..hahaha..aku bukan atas pagar cuma setiap kita punyai pilihan kan..dan dimana kita memilih?dengan dakwat kekal PRU13 dan PRU2 yg mendatang..ya di situ kita jadi hakim..

Aku nak meluahkan isi hati aku yg aku rasa perlu rata2 kita tau..bila sebut dgn kerajaan 1Malaysia, ianya bukan lah kerajaan Barisan Nasional..aku akui yg kita telah terlalu lama disogokkan dengan identiti celaru yg dh terpasak dalam mengaitkan Kerajaan Malaysia adalah Kerajaan BN..Ya, ianya diprintah oleh BN tp cukup2 lah dgn sogokan bahawa kerajaan itu BN..Kita kini makin cerdik..Ini adalah salah satu apa yg BN perlu perhatikan..Bila Perdana Menteri turun padang, beliau turun sebagai kerajaan..hindarkan bendera2, logo2 dan laungan kepartian..sebab dia adalah Perdana Menteri Malaysia..Kapasiti sebagai pemimpin negara dan bukanlah sebagai Pemimpin Parti.lainlah klu beliau turun sebagai Presiden Umno makanya perlu ada keraian dari parti itu sendiri..jadi segala macam bantuan dan program atas nama 1MALAYSIA, maka seluruh rakyat Malaysia berhak mengikuti dan menjadi sebahagian dlm program itu sendiri.so waspada ya BN..Penyokong2 tegar jgn pulak kata ianya bantuan BN dan hanya org BN yg wajib terima..salah dan sgt lah sempit pemikiran tuh..Ianya ihsan KERAJAAN MALAYSIA DAN UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

Bagi pihak PR pulak..penting utk ada pembangkang dalam setiap kerajaan di dunia..Namun inya adalah utk menjadi 'check and balance' pada pemerintah yang sedia ada..Aku dh terlalu penat dgn laungan dan lolongan Politik kepartian 24 7!!! korang xde kerja ke?adakah kami golongan rakyat marhein yg perlu bekerja memajukan negara?apakah ahli politik perlu berpolitik kepartian sepanjang masa?tidak kan..apa yg aku nak sampaikan bahawa politik itu ya sgt penting.malah dlm kehidupan seharian kita, kita xpernah lari dari berpolitik..cumanya POLITIK KEPARTIAN itu yg aku rasa kini sgt melampau..sampai bertumbuk bagai..kalau masuk dlm Facebook bersepah2 grup politik nih..belum kire twitter dan pautan blog2 lg..sampai naik muntah..ye lawan ttp lawan tp ape korang xreti berhenti sejenak?dekat PRU nnt, bila SPR bg kempen masa tu hampa pulun lah kaw2..ini sebelum PRU kempen...lepas PRU kempen..mmg klu kita perhatikan suasana politik Malaysia paling busuk adalah diantara 2008 hingga sekarang..xberenti langsung..ada ja isu...klu dah xbetul seseorang pemimpin itu maka dakwa lah..keluarkan segala bukti..ini isu yg aku tgk kebanyakkan nya fitnah...xhabis2 fitnah..cube releks majukan negara dulu..'windows open' balunlah...hadoyaiiiii kata masing2 dh cerdik..yg berlaku ini semua adalah penyebab kepada lambatnya Malaysia menjadi negara maju...pikir lah ye sume..masing2 ade otak yg pandai utk berfikir...

Mereka yg telus adalah mereka yg layak untuk memimpin..sokongan anda x dihalang dan x jugak disuruh,,berpeganglah pada tali kepimpinan yg anda rasa betul sbb kita masing2 bakal disoal nnt..Kita boleh mengubah tp lakukan perubahan kecil pada diri kita dahulu..Bak kata Imam Al Ghazali 'Mata kanan utk melihat kebaikan orang..dan mata kiri utk melihat keburukan diri sendiri' Itulah peranan sepasang mata...wallahualam..

Adiosss!!!!