Saturday, January 9, 2016

Tabur East part 2

25 Disember 2015, Wangsa Maju Recreational Club (wamrect) bersama Kelab Belia Ceria Wangsa Maju (KBC) menganjurkan aktiviti pendakian Tabur East.

Pendakian bermula jam 4 pagi dengan kekuatan seramai 15 orang datang dari sekitar Kuala Lumpur. Pendakian kami dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat keselamatan. Memandangkan pendakian bermula jam 4 pagi, maka aspek keselamatan dan pengetahuan mengenai daya fizikal para pendaki perlu dititikberatkan. Pendakian dilakukan dalam kadar yang perlahan.

Dengan kumpulan yg agak besar ini, Ali ditugaskan untuk mengetuai pendakian dan aku bertindak sebagai 'sweeper'. Pendakian Tabur East bagi wajah-wajah baru amat menguji mental dan fizikal. Tambah-tambah pulak naik jam 4 pagi, semangat dalam diri pon kena la kuat. Sebab bukan kita je ada dalam hutan tu. Banyak lagi 'tetamu' lain. Dengan beberapa kejutan penampakan di kalangan insan terpilih, menyebabkan pendakian terhenti di beberapa stesyen. Namun alhamdulillah, kami berjaya mengharunginya.

Kami berjaya mengambil masa 2 jam dan 30 minit (lebih kurang) setelah mengambil kira keseluruhan pendaki berada di puncak. Ada juga dah sampai lama dan siap makan dah pun. Sambil menanti terbit mentari pagi. Sesi makan-makan bergambar semuanya berlaku dalam keadaan yang baik dan ceria. Siap dah ada yang berkira-kira lepas ni nak naik mana pula. Hehe, turun pon belum.

Dalam lebih kurang 1 jam setengah di puncak, terikan matahari mula membahang memaksa kami turun ke kaki bukit. Turun dari puncak, separuh pendaki ambil keputusan turun melalui jalan naik, sebab nak mandi sungai. Dan separuh lagi melalui laluan turun yg lain. Yang lebih mudah, cepat dan sesuai sangat untuk 'descent' sahaja. Tapi x perlu berlumba sebab licin. Sampai aku pon ter'sliding' lah. Untuk dijadikan laluan naik pon boleh, namun susah sikit sebab keadaannya yg berpasir dan curam. Body balance dan kaki kena power.

Laluan ini ambil masa 45 minit ke 1 jam dan melalui dusun-dusun orang kampung dan akan tamat di dalam kawasan rumah kediaman 3 tingkat. Kemudian sambung menapak sikit lagi untuk sampai ke kawasan biasa orang letak kereta berhampiran laluan naik. Jadi boleh la pilih nak turun ikut laluan naik atau laluan turun ke kawasan perumahan ni. Dicadangkan agar menggunakan laluan dusun bagi mengelakkan bertembung dengan pendaki lain sebab laluan Tabur East lebih kurang macam Tabur West, sempit dan kecil. Bagaimanapun, terpulang kepada keinginan masing-masing.

Nantikan entri akan datang, Ekspedisi Riadah Air Terjun Lepoh.

NOTA:

1) Pendakian ke dalam kawasan Hutan Simpan (Tabur East & Tabur West) perlu dipohon lengkap dengan senarai nama pendaki untuk mendapat kebenaran bertulis daripada Jabatan Hutan. Keterangan lanjut sila dapatkan di Balai Polis Taman Melawati.

2) Sebaik-baiknya, dapatkan perlindungan insurans buat semua pendaki yang terlibat sebelum melakukan pendakian.

3) Bagi pendakian dinihari, wajibkan penggunaan headlamp ke atas setiap individu.

4) Like Page FB wamrect, www.facebook.com/wamrect bagi mendapatkan info, promo, berita, gambar dan aktiviti wamrect.

Adiosss

Tabur East part 1

As salam wbt...

Sudah hampir setengah tahun dah x berceloteh. Jadi sebab nak clear kan phone ni dari gambar2 yg banyak, ku gagahkan diri mencoret seberapa yg terdaya.

Reflek kepada tajuk tertulis, aku nk ceritakan pasal Tabur East.

Kisahnya bermula bila rakan seperjuangan kelab belia minta buat gabungan program nak panjat Tabur East. Aku pon ON je. Sedangkan dah lebih 10 tahun x naik Tabur East ni. Nak xnak kena la naik balik buat trail checking..

Tanggal 23hb Disember 2015, kami bertiga, aku, Ali dan Nia mulalah menjalankan operasi. Sebelum tu kita sarapan dulu berhampiran dengan Melati Kawasan 8, pakana roti tampal. Dalam jam 9.30pg kami sampai di kaki bukit Tabur East. Dan memulakan perjalanan kami. Sebab dah lama x memanjat nih, ada kacau la sikit ritma dan pernafasan. Trek laluan seperti biasa, selamat dan mudah dilalui. Tali yang tersedia semuanya dalam keadaan baik. Terima kasih buat anak-anak gunung yg senantiasa rajin menukar, menyediakan tali dan memastikan arah ke puncak ditanda.

Kami bertiga mengambil masa 1jam dan 30minit untuk sampai ke puncak Tabur East. Seronoknya naik ke puncak pada jam 11 pagi tapi cuaca macam 8 pagi. Sejuk, redup dan berangin. Awan yang berkepol-kepol menghiasi langit nan biru, pantulan pokok-pokok di air sekitar Empangan Klang Gate, banyangkan. Wow!

Kami di puncak lebih kurang dalam 1/2 jam dan kemudiannya memutuskan untuk turun. Stamina kan x berapa nak cantik, jadi kami turun menggunakan jalan yg sama (padahal dah lupa jalan turun yg satu tu). Dan jalan yang sama dinaiki tadi, kami ambil masa 1 jam sahaja. Mungkin sebab hari kerja, kami hanya bertembung dengan 2 kumpulan dua orang sepanjang ekspedisi. Perjalanan naik dan turun lancar.

Alhamdulillah, misi 'trail check' berjaya dan menaikkan semangat dan keyakinan untuk bawa adik-adik dari Kelab Belia Ceria dan sahabat-sahabat Wamrect untuk ke Tabur East pada jam 4 pagi 25hb Disember nanti. InsyaAllah dipermudahkan.

Adiosss