Saturday, January 9, 2016

Tabur East part 2

25 Disember 2015, Wangsa Maju Recreational Club (wamrect) bersama Kelab Belia Ceria Wangsa Maju (KBC) menganjurkan aktiviti pendakian Tabur East.

Pendakian bermula jam 4 pagi dengan kekuatan seramai 15 orang datang dari sekitar Kuala Lumpur. Pendakian kami dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat keselamatan. Memandangkan pendakian bermula jam 4 pagi, maka aspek keselamatan dan pengetahuan mengenai daya fizikal para pendaki perlu dititikberatkan. Pendakian dilakukan dalam kadar yang perlahan.

Dengan kumpulan yg agak besar ini, Ali ditugaskan untuk mengetuai pendakian dan aku bertindak sebagai 'sweeper'. Pendakian Tabur East bagi wajah-wajah baru amat menguji mental dan fizikal. Tambah-tambah pulak naik jam 4 pagi, semangat dalam diri pon kena la kuat. Sebab bukan kita je ada dalam hutan tu. Banyak lagi 'tetamu' lain. Dengan beberapa kejutan penampakan di kalangan insan terpilih, menyebabkan pendakian terhenti di beberapa stesyen. Namun alhamdulillah, kami berjaya mengharunginya.

Kami berjaya mengambil masa 2 jam dan 30 minit (lebih kurang) setelah mengambil kira keseluruhan pendaki berada di puncak. Ada juga dah sampai lama dan siap makan dah pun. Sambil menanti terbit mentari pagi. Sesi makan-makan bergambar semuanya berlaku dalam keadaan yang baik dan ceria. Siap dah ada yang berkira-kira lepas ni nak naik mana pula. Hehe, turun pon belum.

Dalam lebih kurang 1 jam setengah di puncak, terikan matahari mula membahang memaksa kami turun ke kaki bukit. Turun dari puncak, separuh pendaki ambil keputusan turun melalui jalan naik, sebab nak mandi sungai. Dan separuh lagi melalui laluan turun yg lain. Yang lebih mudah, cepat dan sesuai sangat untuk 'descent' sahaja. Tapi x perlu berlumba sebab licin. Sampai aku pon ter'sliding' lah. Untuk dijadikan laluan naik pon boleh, namun susah sikit sebab keadaannya yg berpasir dan curam. Body balance dan kaki kena power.

Laluan ini ambil masa 45 minit ke 1 jam dan melalui dusun-dusun orang kampung dan akan tamat di dalam kawasan rumah kediaman 3 tingkat. Kemudian sambung menapak sikit lagi untuk sampai ke kawasan biasa orang letak kereta berhampiran laluan naik. Jadi boleh la pilih nak turun ikut laluan naik atau laluan turun ke kawasan perumahan ni. Dicadangkan agar menggunakan laluan dusun bagi mengelakkan bertembung dengan pendaki lain sebab laluan Tabur East lebih kurang macam Tabur West, sempit dan kecil. Bagaimanapun, terpulang kepada keinginan masing-masing.

Nantikan entri akan datang, Ekspedisi Riadah Air Terjun Lepoh.

NOTA:

1) Pendakian ke dalam kawasan Hutan Simpan (Tabur East & Tabur West) perlu dipohon lengkap dengan senarai nama pendaki untuk mendapat kebenaran bertulis daripada Jabatan Hutan. Keterangan lanjut sila dapatkan di Balai Polis Taman Melawati.

2) Sebaik-baiknya, dapatkan perlindungan insurans buat semua pendaki yang terlibat sebelum melakukan pendakian.

3) Bagi pendakian dinihari, wajibkan penggunaan headlamp ke atas setiap individu.

4) Like Page FB wamrect, www.facebook.com/wamrect bagi mendapatkan info, promo, berita, gambar dan aktiviti wamrect.

Adiosss

No comments:

Post a Comment