Monday, January 30, 2012

Broga Hill

Salam rakan...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT..atas limpah kurnianya pada umurku dan kesihatanku maka dptlah aku mencoret sedikit pengalamanku bersama rakan2..hehe

Panjang x mukadimah den?hehe..sentiasa kita2 kna bersyukur walaupun atas perkara yg kecil..so aku nk cite lah kat cni pasal broga.. hwalawehhhh...hahahaha

Ahad pagi tepat jam 2.30pg, telingaku nih dh dijeritkan oleh Ebby dari dalam bilik..suruh aku bangun..malas ar nak cte perasaan aku bangun time tuh..tp mmg terkujat aku..hengat ade la pape emergency ke..rupenye soh bgun tdo je..prepare nak naik broga..hahahaha..jd pendek cite aku bangun,mandi dan solat..bru nak solat isya' sbb mmg dh niat nk tahajud skali..alhamdulillah setel..beg mmg ebby dh siapkan awal2 lg..umah pun dia dh siap kemas..so kje aku pas solat siap2 ngan pakaian nak naik bukit nnt..dh setel aku suruh ebby lak mandi dan pesan kejutkan picah yg placing kt umah aku dlm sejam tuh..sempat jugak dia tdo..hahahaha..sbb dia tdo la aku pun bjaya tdo walaupun aku rasa kitorang tdo cuma lah 20min..jd lah..sbb aku dr pagi sabtu xtdo..xtau nape,balik dr friendly bola padang badan sengal2 dan mata pun xleh nk lelap..so thanksla pada picah yg dtg bantu aku tdo..

Aku yg dh siap nih cargas gi jumpe abang aku..nak amek torchlight..ye la..aku bukannye vampire pun bleh nmpk dlm gelap..hahaha..so patah blik umah amek ebby yg dh tgu kat bawah..tepat jam 4pg (adelah lebih2 sket) kitorang trus gerak amek owhnia..oooopss sebelum terlupe aku dan ebby sempat sarapan dan picah trus tgu kitorang kat kajang..dia drive sdri..so lepas amek owhnia kitorg shoot gi kajang..gi tempt berkumpul..dengan kekuatan anggota seramai 13org kalau x silap..perjalanan diteruskan ke broga..di sana ada lah seorang brader bukit yg dh standby..geng2 picah..hehe yan namanye..sorang lg brader bukit iwan sampai selepas sejam kitorang di 1st peak..20 min je dia naik??gile arh..mmg brader bukit..huhuhu..

Sampai je kat ladang sawit tuh,jgn lah kita2 lupe utk bayar parking RM2..akan ade lengloi jaga kt entrance..hehe..so dh prepare dan dgn lafaz bismillah kami terus melangkah ke puncak..golap beb..golap gulita..mana taknye..pukul 5pg pun belum..hahaha..sejam lebih kot kitorang mencanak naik..mcm2 la jd mase tgh daki tuh..ade yg kaki tertido la..ade yg pnjt pakai scuba suit la..eh macam2 lah..itu yg sejam lebih tuh..hahaha..pendekkan cite kitorang sebagai kelompok 2nd last dari grup kitorang akhirnya sampai ke puncak pertama la aku panggil..hahaha..sempat layan sunrise nih..tp apakan daya, Allah x izinkan..langit mendung..bintang2 pun x kelihatan..makanya layan lampu2 semenyih je la..hahaha..brader2 bukit, picah dan yan memulakan langkah memasak air..nak wat air milo ngan air teh o..sekali lagi, hwalawehhhh...layan air panas tuh..ade lak sandwich owhnieza..complete kate perut aku..hahaha..budak2 lain suma dh ke signboard broga tuh..tinggallah kitorang melayan ape yg ade kt cni..ebby dh terlentang dh..berjaya tuh kitorang sampai..cam x caya pun ada..biaselah utk kitorang yg bukan brader bukit nih..mmg mcm mimpi pun ade..hahaha..dh lme tgh sedap melepak,owhnieza decide nak naik atas lg..so good luck diberikan..tahniah buat owhnieza yg akhirnye berjaya sampai dan menghiasi tweets di pagi ahad itu..hahaha congrats...

Dah penat di puncak agaknya, geng2 puncak turun bersama kitorang yg dari awal melepet kt 1st peak nih..hehe..sesi bergambar plak la kot..walaupun gambar aku cuma sekeping..tq lah pada yg ambil..aku xtau la nape, aku cuma berdiam diri menikmati keindahan alam..terpegun kejap..sdg lepak dpt aku nengok kain rentang Liverpool menghiasi pagi di broga..ye tak ye..kita baru menang ngan MUnyet kot..hahaha..bravo lah pada mereka yg bwk naik KOP ke atas broga..hahahahaha

Ok its time..balik lah..perut pun dh mintak diisi..so perjalanan turun aku rase cam 20minit jek..cepat tuh sampai kasut ebby pun dh diimprovised oleh tanah2 broga..cengkaman yg lebih nyata katanya..hehe..so sampai kt bawah kitorang sempat layan air kelapa, jeli kelapa dan x lupe aiskrim..hahaha..teruskan perjalanan ke petronas untuk membersihkan diri sebelum maken di mapley..hahahaha..selesai makan kitorg mula bergerak pulang..masing2 ke destinasi masing2..kepenatan mula terasa..nk tdo dan baring..sengal2 badan makin menjadi gara2 kelas tomoi dan bola padang..kna dptkan rehat yg secukupnya sebelum bersedia layan AJL..hehehe...

Akhir kata aku berbangga sebab aku dan ebby dan semua rakan2 berjaya sampai ke puncak broga..alhamdulillah kami pergi dan pulang dgn selamat..Tahniah jugak buat Hafiz yg menang Juara Lagu dgn Awan Nano nya..hehe...Sampai kita bertemu lagi di aktiviti riadah yg akan datang...insyaAllah it will be Chilling trip..bak kata owhnia chillin @ Chilling...hehe

Notes: utk laporan lain mengenai broga dan gambar2, sila ke niez-someonelikeme@blogspot.comvirtualepistle.blogspot.com dan owhnia@blogspot.com..lupe lak nak pautkan kat cni..salam chill...

Adiossss...

Saturday, January 28, 2012

FA CUP - Round 4 Senyum jek!!

This is Anfield!!!!!

Pertembungan antara musuh tradisi Liverpool vs Man United..seram sejuk je aku nengok suasana stadium nih..teringat masa Malaysia vs Liverpool di Bukit Jalil tahun lepas...nyanyian Kopites membakar semangat juang Liverpool..hahaha..Pertembungan ini mmg wajar menarik minat dan menggilakan lagi kita2 yg sememangnya meminati bola..selaku The Kop dan Kopites kita tersangatlah wajar menghapuskan MUnyet ini..bak kata pepatah di Merseyside..'We are not racist..We only hate mancs' even Man City sekalipun..hahahaha tersangatlah benar pepatah itu wahai pepatung MUnyet sekalian...

Tatkala coretan ini dibuat, Liverpool sedang mendahului MUnyet dangan 2-1..hasil dari 3 step form Reina, Carrol dan shuuuuppppp gol oleh Kuyt..hahaha..kalau kata main catur pun perlu at least 4 step nak check mate, The Kop pakai 3 je nak hayamkan MUnyet...hahahaha

Prittt...priitttt...prrewwwwwiiiiitttttttttttt.................
alamak reff dh tiup wisel penamat...apa maknanya?? hahahaha MUnyet kalah yeah..MUnyet kalah yeah...hahahahaha..aku xtau la knapa...tp aku ade satu keyakinan yg mana kalau The Kop jumpe MUnyet, mesti MUnyet kena hayam nye..sbb dorang x hebat pon..dorang cuma ada sedikit luck..itu jek..sbb tu aku okay je klu gi tgk bola ngan budak2 MUnyet dan bet sape kalah bakar je jersi kat situ jugak..hahahaha..so mmg anda2 selalu bernasib baik sahabatku..nasib baik anda ada hal dan xjadi tgk bola ngan aku malam nih..kalau tidak Safiz Hartamas bakal menjadi saksi jersimu dibakar..hahahaha

so cukup..xyah tulis panjang2..akhir kata dari ku....senyum...tak perlu kata apa-apa...senyum.... (",)
kahkahkahkahkah...MUnyet tetap loser dan hayam buat The Kop selamanya!!!!Kopites, tidur lena malam ni...

Adiossss....

Friday, January 27, 2012

‘DBKL halau kami’

Perbalahan antara DBKL dan 12 penjaja di D'Tasik Sri Rampai

Oleh Na'imah Mohamed dan Ardyhansah Amat
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dua belas peniaga kecil dan penjaja di Desa Tasik Sri Rampai kecewa apabila diarah mengosongkan premis oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) walaupun baru saja menerima kunci gerai daripada pemaju, kelmarin.
Lebih menyakitkan hati mereka, penantian selama 20 tahun untuk berniaga di tempat yang selesa dilihat sia-sia apabila DBKL mengarahkan mengosongkan tapak berniaga itu selain membatalkan lesen perniagaan mereka.

Berang dengan arahan itu, peniaga terbabit menghalang anggota DBKL kerana mendakwa teraniaya dengan tindakan diambil pihak bertanggungjawab itu.
Pengerusi Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Setapak, Ahmad Selamat ketika ditemui kelmarin berkata, mereka menerima surat DBKL pada 9 Januari lalu mengatakan mereka tidak layak berniaga di premis berkenaan selepas didapati menggunakan khidmat warga asing menjalankan perniagaan.

Katanya, mereka menunggu 20 tahun mendapat tapak perniagaan itu selepas mengikut segala arahan DBKL, namun akhirnya atas alasan menggunakan khidmat warga asing, hak mereka dinafikan.

“Kami seperti diperkotak-katikkan DBKL kerana surat perjanjian serta segala dokumen penyerahan hak milik kedai sudah ditandatangani dengan disaksikan pemaju.

“Malah, selepas menerima surat mengosongkan premis, kami juga menghantar surat kepada DBKL untuk mengadakan perbincangan mencari jalan penyelesaian, bagaimanapun, tiada sebarang tindak balas.

“Sebelum ini, DBKL memanggil sekurang-kurangnya wakil peniaga untuk menyelesaikan masalah atau pertikaian, namun kali ini, mengarahkan kami mengosongkan kedai tanpa memberikan kami peluang membela diri,” katanya.

Menurut seorang peniaga, Zuraidah Shaik Ibrahim, 53, sudah empat kali dia diarah memindahkan gerai makan miliknya sejak 1991.

“Saya akur arahan DBKL. Mereka menjanjikan tapak strategik untuk gerai saya. Namun selepas berpindah lebih 20 tahun, ini yang kami terima.

“Sekiranya saya dihalang menjalankan perniagaan, dari mana saya mahu mendapatkan punca pendapatan?” katanya. Seorang lagi peniaga, Zulkafli Husin, 64, berkata majoriti peniaga warga emas yang berniaga lebih 20 tahun lalu di beberapa tapak berbeza.

“Sekiranya DBKL mendakwa kami menggunakan warga asing sebagai pekerja atau menyewakan gerai kami kepada mereka, mengapa kami tidak dipanggil dan tunjukkan bukti? “Jika benar kami bersalah menggunakan khidmat warga asing, bukankah mereka perlu mengeluarkan amaran ataupun denda dulu sebelum menghalau kami keluar?” katanya dengan nada kecewa.

Semua 12 peniaga berkumpul di pekarangan gerai baru mereka bagi menghalang pegawai serta anggota DBKL daripada mengosongkan gerai jam 5 petang kelmarin. Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Sosioekonomi DBKL, Datuk Muhd Amin Nordin Abd Aziz menafikan keputusan membatalkan lesen serta tidak membenarkan 12 peniaga dibuat terburu-buru.

“Melalui siasatan tahun lalu, DBKL mendapati semua tapak peniaga diusahakan warga asing. Kami mempunyai bukti bergambar, nama serta keterangan penjaja warga asing berkenaan.

“Kita tidak berkompromi dengan peniaga kecil dan penjaja sekiranya didapati menyewakan tapak kepada warga asing.

“Oleh itu, selepas beberapa saman diberikan kepada peniaga dan penjaja di sini, DBKL mengambil keputusan membatalkan lesen perniagaan mereka sekali gus tidak membenarkan mereka berniaga di sini,” katanya.

Tegasnya lagi, DBKL tidak menerima rayuan kerana peraturan jelas menunjukkan warga asing tidak dibenarkan menjaja dan menyewakan gerai kepada mereka satu kesalahan.

TUDIAAAAAA.....YG KELUR KAT HMETRO HARI NIH..NOKHAROOOOOMMMMMMMMMMM.....MEH SINI NAK UPDATE SEHINGGA KE HARI INI...MEH SINI BACA..


Apa yg dipaparkan adalah berita yg sebenarnya 4-5 hari sudah..DBKL yg konon nya samseng berkeras nak kosongkan jugak..katanya sbb tuan kedai sewakan pada penyewa warga asing..khususnya orang siam dan indon..kalau kita bace petikan akhbar di atas, DBKL nyatakan bahawa adanya bukti bergambar sewaktu bancian diambil..ha ni la yg nak cite nih..kisah ttg firaun dlm Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..xtau?DBKL yg bawah kuasa Datuk Bandar??yg mana di bawah kuasa dan telunjuk Menteri Wilayah tuh?alah yg lembut longlai tuh??xkenal??ce google..hahaha

3 hari lepas kami kesemua 12 penjaja yg diarah agar mengosongkan kedai telah sepakat untuk tidak melawan bagi memudahkan kerja DBKL..tidak melawan bersyarat ye iaitu kami hanya kosongkan kedai tanpa barang kami disita..Selepas kesemua 12 kedai dikosongkan pada jam 12 tghari, tepat jam 2.30 ptg kesemua 12 penjaja dan Ketua Persatuan Penjaja Genting Klang telah berada di pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi membincangkan permasalahan ini..

Nak cerita ttg perangai hodohnya DBKL ni..cibai nokharooom..klu bace berita kat atas huh dengan sombongnya kata ada bukti berfoto..tp bila mesyuarat dan kami desak tunjukkan bukti2 bergambar itu,HAH!!!!X ADE SYIAL GAMBAR UTK 12 KEDAI!!!! aku mmg berangin gila ngan DBKL yg ade pangkat2 nih..cakap mcm xde wat salah..rupenya bukan wat keje yg tulus sgt pun..keje yg dibuat atas FITNAH ORG, IKUT TELUNJUK ORG BANGANG, MENANGKAN KRONI!!!!! Puihhhhhh!!!!! kalau kami penjaja buat salah,ya kami mengaku..tp klu setakat kesalahan kami diserkap jarang, lu orang mmg ciba!!!

So sekarang nih kami masih lagi dlm proses perbincangan dgn DBKL..setelah DBKL akui bahawa dorang takde bukti pun, barulah nak bukak pintu berbincang..padahal perbincangan dr tahun2 lepas dorang xnak layan sgt pun..inilah jadinya bila korang wat kerja tak betul..Skang ni kami tgh desak nak masuk kedai kami balik sbb dh 22 TAHUN MENIAGA SENDIRI TANPA SEHARI PUN KAMI SEWAKAN PADA ORG LAIN..APATAH LAGI PADA WARGA ASING..jgn hanya kerana laporan palsu oleh seorang bekas driver Datuk kat Setiawangsa nih..yang mana org2 tau kaki ngampu, cakap cam keling dan sebab dia kroni korang, lu orang pecaya bulat2..jgn wat naya kat org..kita sama2 manusia..kita hamba Allah SWT..anytime Dia leh tarik nikmat Dia..melalui berbagai cara..klu Dia izinkan nikmat tu ditarik melalui tangan kitorang nih, lu orang makan penampar punye paling kurang..itu paling kurang..but better u prepare for the worst..kalau ikutkan ati mmg kitorang nak melawan sampai sudah jek..tp kitorang ade akal..leh bincang lg..jgn main halau..nak halau babi pun kandangnye dh disedia..ini nak halau org..so pakai la otak..kita taknak gaduh2 sbb kita sama2 melayu..walaupun kita tau dan kita nampak ape yg berlaku kat kawasan2 cina yg tidak diusik pun..kita sedar..kita xnak pun ubah kerajaan..tp kita nak halau org bangang yg ade dlm kerajaan sekarang..yg lembik x buat keje tuh, baik lu pencen je lah..

So doa2 lah agar perjuangan kecil ini berjaya..Tegakkan Yang Hak..Yg Bathil Pasti Mati..InsyaAllah..

Adiosssss.....

Rexo dan Tak Ya

Salam to all...

Semalam di petang Khamis...aku bersama ibuku dan rakan2nya melawat Tak Ya yg sedang tenat..Aku di ICU lagi..Flashback awal bulan dlu di mana aku bersama Ebby melawat rakan ku di ICU Putrajaya..Rexo@Zulhazman nama dia..Sedih dan sebak la hati ini..Tak terjangka akal yg perkara ini akan terjadi..segala2nya tiba2..Insan yg baru shj melangsungkan perkahwinannya bulan lepas diuji Allah SWT..Harap2 agar ujian ini dapat ditempuh dgn tabah oleh Rexo dan kita semua..Berita lanjut dan perkembangan Rexo boleh kita ikuti di http://www.facebook.com/profile.php?id=100003395346278

Semalam melihat Tak Ya yg terbaring bersama mesin pernafasan membuat kami seluruh keluarga sedih dan mulai merasa kehilangan Tak Ya dlm hidupan seharian..Tak Ya adalah kakak ipar kakak ku..kakak ku berkahwin dgn adik nya..Klu tidak hampir setiap hari aku akan bertembung dgn Tak Ya menaiki motosikal nye ke tempat kerja..Tak Ya bertugas sebagai pembantu perubatan di sebuah klinik homeopati di Kg Baru..puncanya dari cirit-birit xberhenti, Tak Ya dimasukkan ke wad kecemasan HKL..langsung dari itu Tak Ya ditempatkan di ICU..Punca penyakit yang dihadapi masih lg belum dpt dipastikan oleh pihak HKL..hari ni dh genap 3 hari Tak Ya di ICU..Tak Ya baik sgt ngan family ku..Dari kecil lg kami bersama Tak Ya..leh kata dh macam akak kandung dh..hmmmm....aku dh xtau nk meroyan pelagi... :'(

Bismillahirrahmanirrahim...Ya Allah, kami bersyukur di atas nikmatMu..kami akui kebesaranMu..ujian yg Kau turunkan ini adalah tanda2 keEsaanMu Ya Allah..Kami hanya mampu menadah tangan dan berdoa semoga Kau rahmati umur kami dan Kau lanjutkanlah usia kami..Ya Allah, kami memohon agar Kau selamatkanlah Rexo dan Tak Ya dari dugaanMu ini..Kami belum lagi mau berpisah dgn mereka..Dengarkan lah dan perkenankan lah doa kami ini...Aminnnn

Semoga sama2 kita tidak berhenti berdoa dan berhajat agar kedua2 insan yg kita kasihi ini sihat walafiat seperti sediakala..InsyaAllah..

Adiosss....

Monday, January 23, 2012

1Malaysia

Rumah Kita -ND Lala


Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita...

Benarkah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Duduklah di kerusi,
Jangan duduk di lantai saja...

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa...

Rumah ini rumah kita,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita...

Benarlah ini rumah kita,
Makan la isi,
Jangan hanya hirup kuahnya...

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata.


Salam to all...

Aku kat sini bukannya nak menceritakan ttg politik kepartian sempit yg rata2 nya memenuhi laman sesawang dan sosial yg lain..Aku rasa terpanggil untuk mencoretkan apa yg aku rasa dlm blog aku sendiri..Aku cuma sekadar blogger jalanan yg punyai masa untuk bercerita..ok mcm ni, cuba kita halusi lagu dan lirik Nd Lala ni..ye dia merupakan penyokong kerajaan..aku sendiri penyokong kerajaan..aku bukan penentang pemerintah..Tetapi sokonganku tidak lah membabi buta..perlu ada fakta utk menyokong segala macam tohmahan..bila ada fakta baru ianya di kira berita..walhal klu PR sendiri menjadi Kerajaan Persekutuan aku xde la nk berdemo..hahaha..aku bukan atas pagar cuma setiap kita punyai pilihan kan..dan dimana kita memilih?dengan dakwat kekal PRU13 dan PRU2 yg mendatang..ya di situ kita jadi hakim..

Aku nak meluahkan isi hati aku yg aku rasa perlu rata2 kita tau..bila sebut dgn kerajaan 1Malaysia, ianya bukan lah kerajaan Barisan Nasional..aku akui yg kita telah terlalu lama disogokkan dengan identiti celaru yg dh terpasak dalam mengaitkan Kerajaan Malaysia adalah Kerajaan BN..Ya, ianya diprintah oleh BN tp cukup2 lah dgn sogokan bahawa kerajaan itu BN..Kita kini makin cerdik..Ini adalah salah satu apa yg BN perlu perhatikan..Bila Perdana Menteri turun padang, beliau turun sebagai kerajaan..hindarkan bendera2, logo2 dan laungan kepartian..sebab dia adalah Perdana Menteri Malaysia..Kapasiti sebagai pemimpin negara dan bukanlah sebagai Pemimpin Parti.lainlah klu beliau turun sebagai Presiden Umno makanya perlu ada keraian dari parti itu sendiri..jadi segala macam bantuan dan program atas nama 1MALAYSIA, maka seluruh rakyat Malaysia berhak mengikuti dan menjadi sebahagian dlm program itu sendiri.so waspada ya BN..Penyokong2 tegar jgn pulak kata ianya bantuan BN dan hanya org BN yg wajib terima..salah dan sgt lah sempit pemikiran tuh..Ianya ihsan KERAJAAN MALAYSIA DAN UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

Bagi pihak PR pulak..penting utk ada pembangkang dalam setiap kerajaan di dunia..Namun inya adalah utk menjadi 'check and balance' pada pemerintah yang sedia ada..Aku dh terlalu penat dgn laungan dan lolongan Politik kepartian 24 7!!! korang xde kerja ke?adakah kami golongan rakyat marhein yg perlu bekerja memajukan negara?apakah ahli politik perlu berpolitik kepartian sepanjang masa?tidak kan..apa yg aku nak sampaikan bahawa politik itu ya sgt penting.malah dlm kehidupan seharian kita, kita xpernah lari dari berpolitik..cumanya POLITIK KEPARTIAN itu yg aku rasa kini sgt melampau..sampai bertumbuk bagai..kalau masuk dlm Facebook bersepah2 grup politik nih..belum kire twitter dan pautan blog2 lg..sampai naik muntah..ye lawan ttp lawan tp ape korang xreti berhenti sejenak?dekat PRU nnt, bila SPR bg kempen masa tu hampa pulun lah kaw2..ini sebelum PRU kempen...lepas PRU kempen..mmg klu kita perhatikan suasana politik Malaysia paling busuk adalah diantara 2008 hingga sekarang..xberenti langsung..ada ja isu...klu dah xbetul seseorang pemimpin itu maka dakwa lah..keluarkan segala bukti..ini isu yg aku tgk kebanyakkan nya fitnah...xhabis2 fitnah..cube releks majukan negara dulu..'windows open' balunlah...hadoyaiiiii kata masing2 dh cerdik..yg berlaku ini semua adalah penyebab kepada lambatnya Malaysia menjadi negara maju...pikir lah ye sume..masing2 ade otak yg pandai utk berfikir...

Mereka yg telus adalah mereka yg layak untuk memimpin..sokongan anda x dihalang dan x jugak disuruh,,berpeganglah pada tali kepimpinan yg anda rasa betul sbb kita masing2 bakal disoal nnt..Kita boleh mengubah tp lakukan perubahan kecil pada diri kita dahulu..Bak kata Imam Al Ghazali 'Mata kanan utk melihat kebaikan orang..dan mata kiri utk melihat keburukan diri sendiri' Itulah peranan sepasang mata...wallahualam..

Adiosss!!!!

Sunday, January 22, 2012

Tahniah Pengantin

Salam to all...

Hari ni hari Ahad..esok CNY..maka ramai lah yg berlumbe2 wat majlis kawen..x terlepas 2 org rakan ku di kL nih..hehe..anyway tahniah le aku ucapkan..dan selamat menempuh asam garam hidup berumah tangga ni..lepas ni prepare lah dgn soalan tambahan yg xde lah susah sgt nak jawab..'org umah mana' 'bile nak ade isi' dan mcm2 lg lah..tp percaya atau tidak, kita yg lelaki nih kna cool and steady sbb org umah yg akan paling byk ditanya dan disoal nnt..hahaha..kan ebby kan? Huhu :p

TAHNIAH BUAT AZMAN DAN PASANGAN

Awal tengahari td aku berangkat ke rumah bondaku sbb msjlis kahwin Azman dibuat kat bwh PPR jek..xkan lah xpegi..membe dr zaman main longkang lg..eh lame dh la..dr belum khattan..hehe..so pegi berseorangan sbb Ebby ku xsihat hari nih..biaselah masalah tiap2 bulan..huhu

So pendek cite aku di majlis yg meriah dgn kwn2 lame..borak2 dlu yg sepatutnye sebelum sapdek..hehe..ok lah jugak makanan dia..terima kasih buat OneAdnor Cattering..xleh nak melntak bnyk sgt sbb jpg nak pegi satu majlis lg..hehe..tahniah sekali lg buat Azman dan pasangan..moga cepat2 dpt anak..Yahooo!!!

MAJLIS YOHANNIS

Sempat aku naik lepak umah Bonda..niat nak lepak n peluk cium si Emir..tapi si cilik tuh tgh tdo lah plak..hmm layan Raja Lawak 6 sambil main hp..Then Ya Allah lupe..kenduri kawen Yohanis..padahal mmg itu rancangan hari nie..ergghh..shooooot trus ke Dewan Masyarakat Kg Puah..dapat tunjuk muke pun jadi le..hehe

Aku sampai je sana terpaksa melintas titi menyeberangi sungai..hanya di Kg Puah je kita dapat scene mcm nih..betul2 kampung di tengah kL..walaupun dah direntasi dgn highway Duke tp nyaman dia still ada..Masa aku sampai budak2 kampung dh dok busy berkaraoke..Yohanis lak busy ngan sesi fotografinye..terpaksa lah tunggu turn dgn makan dulu..Sedap..biasalah bila dh org kg bergotong royong nih..masakan dia dh mmg rasa masakan umah dah..hehe..so pas makan aku pun bersalam dan ucap tahniah atas majlis yg jaya nih..sempat amek gambar dulu tu..hehehe..

Buat kedua2 pasangan, aku ucapkan jutaan terima kasih menjemput aku sekeluarga ke majlis kalian..Tahniah dan selamat berbahagia hendaknya..nanti jgn lupe ajak lagi bile nak wat aqiqah..hehe..Syukur...bertambah lagi mereka yg menuruti sunnah Rasulullah SAW..

p/s: Aku sangat x sabar menunggu blogger kita yg seorang ni kahwin..Katanya dalam tahun nih jugak..Kami semua rakan2 akan sentiasa berdoa agar dipercepatkan jodohnya..Buat Sukur @ sukuribrahim.blogspot.com aku ucapkan BEST OF LUCK dalam menempuh hari2 mendatang dan jom pastikan ko kawen tahun nih..Yeah!!!! InsyaAllah...

Ok geng, Adios!!!

Saturday, January 21, 2012

This is Anfield!!!

FIELDS OF ANFIELD ROAD

Outside the Shankly Gates
I heard a Kopite calling
Shankly, they have taken you away
But you left a great eleven
Before you went to heaven
Now it's glory round the Fields of Anfield Road

--Chorus--
All round the fields of Anfield Road
Where once we watched the King Kenny play (and could he play!)
Stevie Heighway on the wing
We had dreams and songs to sing
'Bout the glory, round the Fields of Anfield Road

Outside the Paisley Gates
I heard a Kopite calling
Paisley, they have taken you away
But you led the great eleven
Back in Rome in 77
And the Redmen they're still playing the same way

Chorus

Beside the Hillsborough flame
I heard a Kopite mourning
Why so many taken on that day?
Justice has never been done
But their memory will carry on
There'll be glory round the Fields of Anfield Road.

Chorus x2

The glory, round the Fields of Anfield Road

Ch831..mata masih belum bole lelap sebab ade game Liverpool..The Kop bertandang ke Reebok Stadium (Bolton) pg nih..(dorang kat sane petang le)..The Kop ketinggalan 2-1..Prestasi turun naik dan tidak konsisten menyebabkan kita masih belum dpt menang EPL lg..Half time now..Cautut lu..n hope 2nd half will be Reds moment...

2nd half even worse!!!dh la..malas nak cite..hadusss...Fine!!!Reds kena 3-1..tdo je lah..zZz

Adios!!!!

Keramat!!!!

Salam to all...
hahahahaha..akhirnye aku ade la jugak blog utk diriku..trimas buat owhnia kerana entrinya membuatkan aku yg adoyai..kna la wat blog personal gak..

HAMPEH!!!!
Itulah kate2 yg seelok2nye utk produksi filem 'Keramat'..Lu olls punye cite mmg jilaka..pinjam ayat blogger jap..dh la aku kna tpu mgu lepas dgn 'Sesuatu Yg Tertinggal'..perghhhh itu lg hancing gua kna kncing..elok tgk utuber wat drama la lg syiok...

So owhnia kita sama2 kna tpu ye..so xperlulah nak menghabibkan aku..hahahha..anyway aku dh start layan blog ko..so nntikan komen2 yg sgt membina dr aku nnt..hahahaha

Skang ni aku ngan ebby nk gi Jeram..layan ikan bakar ngan my big hepi family..aku berjanji akan mengupdate dan mengelokkan blog nih..walaupun aku xpndi sgt bab2 blog nih, tp aku akan usahalah ye...ok tata..nnt aku update lg..dh ada blog jgn lah dipersiakan..ye dak..hehe..adios!

Anyway thanks Owhnia blanje smlm..nnt aku menurut pilihan muvi ko laks eh..huhu..
Thanks to ebby,owhnieza n maxter yg sme2 dibangangkan oleh cerita Keramat yg superb cap sardin!


YA NINDIA..NINDIA..CRITE NOKHAROOOOOOMMMMM TAHUN 2012..EH XYAH WAT FILEM LAH..MAIN KONDA KONDI JEK..LAGI BAGUS...