Showing posts with label DBKL. Show all posts
Showing posts with label DBKL. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Nantikan 27 Februari

Salam geng,

Kalau ikutkan entri aku sebelum nih yg pasal DBKL halau kami penjaja D'Tasik Sri Rampai, xde kate putus pun...Atas sebab ego nya DBKL nak mengaku salah sebab xdpt kemukakan bukti, maka kes tergantung kejap..tapi bab kate sorang pejuang reformasi dulu, Lawan Tetap Lawan (walaupun dia skang nih Liwat Tetap Liwat..hahaha) maka kami lawan non stop..kita di pihak yg benar watpe nak takut dak?huhu

So dari perbincangan ngan Menteri Wilayah makanya kami akan dapat menduduki kembali gerai kami bermula 27 Februari ini..so dh bleh la luruskan kaki..bwk2 gi spa ke urut badan..kasi relax..kita dh menang..hehehe..Cuma yang xsyok nya perkara ni xperlu pun untuk kita bawak ke peringkat atas2 sgt..tp sbb egonye 'sebuah' DBKL, maka kita terpaksa turun naik ofis DBKL tuh..jumpe org itu jumpe org ini, bekejar ke sana ke sini ke sinun sbb nak kan kata putus..nasib baik lah org2 tua yg hendel..kalau ikutkan kami yg darah muda nih, xkan mampunye DBKL nak langsi2..hehe..ada baiknya ikut cara org tua..Lembut berisi..huhu

Nong Chik dh bersuara..akhirnya..setelah sebulan..kenapa ye? lambat sgt nk bukak mulut..klu dr awal2 lg dia bukak mulut dan backup kami penjaja xde lah kami sampai kena keluarkan barang, upah org jaga barang, pasang khemah pengantin semata2 nak barang kami selamat..klu ade jalan penyelesaian yg tidak merumitkan, knapa nak pilih jalan yg berliku kan...hmmm..xpe lah, sekarang nih kita tunggu la 27 hb nnt..mana tau ada drama lain plak ke..hahaha..dh terbayang dh nak bakar sate kat tepi tasik tuh..kuikuikui..cuma pada Nong Chik, aku xtau la ape yg ko buat..org cakap yg ko nih pun sama lembiknye macam Hishamudin..tp xtau la klu ko lambat refleks sbb nak tgk Datuk Bandar dan org2 DBKL wat keje..tp ape pun tahniah so far sbb kami penjaja dh anggap setel..tp harap ko dapat bertegas dlm isu2 yg membabitkan kebajikan penduduk dan penjaja di Wilayah..tentang tanah rezab dan isu2 yg sebagainya yg mana isu2 yg timbul bakal memungkinkan ko tidak lagi jadi Menteri Wilayah..huhuhu..

Akhir kata geng selamat jiwa raga dan harta benda..kuikuikui...Adiosss

Friday, January 27, 2012

‘DBKL halau kami’

Perbalahan antara DBKL dan 12 penjaja di D'Tasik Sri Rampai

Oleh Na'imah Mohamed dan Ardyhansah Amat
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dua belas peniaga kecil dan penjaja di Desa Tasik Sri Rampai kecewa apabila diarah mengosongkan premis oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) walaupun baru saja menerima kunci gerai daripada pemaju, kelmarin.
Lebih menyakitkan hati mereka, penantian selama 20 tahun untuk berniaga di tempat yang selesa dilihat sia-sia apabila DBKL mengarahkan mengosongkan tapak berniaga itu selain membatalkan lesen perniagaan mereka.

Berang dengan arahan itu, peniaga terbabit menghalang anggota DBKL kerana mendakwa teraniaya dengan tindakan diambil pihak bertanggungjawab itu.
Pengerusi Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Setapak, Ahmad Selamat ketika ditemui kelmarin berkata, mereka menerima surat DBKL pada 9 Januari lalu mengatakan mereka tidak layak berniaga di premis berkenaan selepas didapati menggunakan khidmat warga asing menjalankan perniagaan.

Katanya, mereka menunggu 20 tahun mendapat tapak perniagaan itu selepas mengikut segala arahan DBKL, namun akhirnya atas alasan menggunakan khidmat warga asing, hak mereka dinafikan.

“Kami seperti diperkotak-katikkan DBKL kerana surat perjanjian serta segala dokumen penyerahan hak milik kedai sudah ditandatangani dengan disaksikan pemaju.

“Malah, selepas menerima surat mengosongkan premis, kami juga menghantar surat kepada DBKL untuk mengadakan perbincangan mencari jalan penyelesaian, bagaimanapun, tiada sebarang tindak balas.

“Sebelum ini, DBKL memanggil sekurang-kurangnya wakil peniaga untuk menyelesaikan masalah atau pertikaian, namun kali ini, mengarahkan kami mengosongkan kedai tanpa memberikan kami peluang membela diri,” katanya.

Menurut seorang peniaga, Zuraidah Shaik Ibrahim, 53, sudah empat kali dia diarah memindahkan gerai makan miliknya sejak 1991.

“Saya akur arahan DBKL. Mereka menjanjikan tapak strategik untuk gerai saya. Namun selepas berpindah lebih 20 tahun, ini yang kami terima.

“Sekiranya saya dihalang menjalankan perniagaan, dari mana saya mahu mendapatkan punca pendapatan?” katanya. Seorang lagi peniaga, Zulkafli Husin, 64, berkata majoriti peniaga warga emas yang berniaga lebih 20 tahun lalu di beberapa tapak berbeza.

“Sekiranya DBKL mendakwa kami menggunakan warga asing sebagai pekerja atau menyewakan gerai kami kepada mereka, mengapa kami tidak dipanggil dan tunjukkan bukti? “Jika benar kami bersalah menggunakan khidmat warga asing, bukankah mereka perlu mengeluarkan amaran ataupun denda dulu sebelum menghalau kami keluar?” katanya dengan nada kecewa.

Semua 12 peniaga berkumpul di pekarangan gerai baru mereka bagi menghalang pegawai serta anggota DBKL daripada mengosongkan gerai jam 5 petang kelmarin. Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Sosioekonomi DBKL, Datuk Muhd Amin Nordin Abd Aziz menafikan keputusan membatalkan lesen serta tidak membenarkan 12 peniaga dibuat terburu-buru.

“Melalui siasatan tahun lalu, DBKL mendapati semua tapak peniaga diusahakan warga asing. Kami mempunyai bukti bergambar, nama serta keterangan penjaja warga asing berkenaan.

“Kita tidak berkompromi dengan peniaga kecil dan penjaja sekiranya didapati menyewakan tapak kepada warga asing.

“Oleh itu, selepas beberapa saman diberikan kepada peniaga dan penjaja di sini, DBKL mengambil keputusan membatalkan lesen perniagaan mereka sekali gus tidak membenarkan mereka berniaga di sini,” katanya.

Tegasnya lagi, DBKL tidak menerima rayuan kerana peraturan jelas menunjukkan warga asing tidak dibenarkan menjaja dan menyewakan gerai kepada mereka satu kesalahan.

TUDIAAAAAA.....YG KELUR KAT HMETRO HARI NIH..NOKHAROOOOOMMMMMMMMMMM.....MEH SINI NAK UPDATE SEHINGGA KE HARI INI...MEH SINI BACA..


Apa yg dipaparkan adalah berita yg sebenarnya 4-5 hari sudah..DBKL yg konon nya samseng berkeras nak kosongkan jugak..katanya sbb tuan kedai sewakan pada penyewa warga asing..khususnya orang siam dan indon..kalau kita bace petikan akhbar di atas, DBKL nyatakan bahawa adanya bukti bergambar sewaktu bancian diambil..ha ni la yg nak cite nih..kisah ttg firaun dlm Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..xtau?DBKL yg bawah kuasa Datuk Bandar??yg mana di bawah kuasa dan telunjuk Menteri Wilayah tuh?alah yg lembut longlai tuh??xkenal??ce google..hahaha

3 hari lepas kami kesemua 12 penjaja yg diarah agar mengosongkan kedai telah sepakat untuk tidak melawan bagi memudahkan kerja DBKL..tidak melawan bersyarat ye iaitu kami hanya kosongkan kedai tanpa barang kami disita..Selepas kesemua 12 kedai dikosongkan pada jam 12 tghari, tepat jam 2.30 ptg kesemua 12 penjaja dan Ketua Persatuan Penjaja Genting Klang telah berada di pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi membincangkan permasalahan ini..

Nak cerita ttg perangai hodohnya DBKL ni..cibai nokharooom..klu bace berita kat atas huh dengan sombongnya kata ada bukti berfoto..tp bila mesyuarat dan kami desak tunjukkan bukti2 bergambar itu,HAH!!!!X ADE SYIAL GAMBAR UTK 12 KEDAI!!!! aku mmg berangin gila ngan DBKL yg ade pangkat2 nih..cakap mcm xde wat salah..rupenya bukan wat keje yg tulus sgt pun..keje yg dibuat atas FITNAH ORG, IKUT TELUNJUK ORG BANGANG, MENANGKAN KRONI!!!!! Puihhhhhh!!!!! kalau kami penjaja buat salah,ya kami mengaku..tp klu setakat kesalahan kami diserkap jarang, lu orang mmg ciba!!!

So sekarang nih kami masih lagi dlm proses perbincangan dgn DBKL..setelah DBKL akui bahawa dorang takde bukti pun, barulah nak bukak pintu berbincang..padahal perbincangan dr tahun2 lepas dorang xnak layan sgt pun..inilah jadinya bila korang wat kerja tak betul..Skang ni kami tgh desak nak masuk kedai kami balik sbb dh 22 TAHUN MENIAGA SENDIRI TANPA SEHARI PUN KAMI SEWAKAN PADA ORG LAIN..APATAH LAGI PADA WARGA ASING..jgn hanya kerana laporan palsu oleh seorang bekas driver Datuk kat Setiawangsa nih..yang mana org2 tau kaki ngampu, cakap cam keling dan sebab dia kroni korang, lu orang pecaya bulat2..jgn wat naya kat org..kita sama2 manusia..kita hamba Allah SWT..anytime Dia leh tarik nikmat Dia..melalui berbagai cara..klu Dia izinkan nikmat tu ditarik melalui tangan kitorang nih, lu orang makan penampar punye paling kurang..itu paling kurang..but better u prepare for the worst..kalau ikutkan ati mmg kitorang nak melawan sampai sudah jek..tp kitorang ade akal..leh bincang lg..jgn main halau..nak halau babi pun kandangnye dh disedia..ini nak halau org..so pakai la otak..kita taknak gaduh2 sbb kita sama2 melayu..walaupun kita tau dan kita nampak ape yg berlaku kat kawasan2 cina yg tidak diusik pun..kita sedar..kita xnak pun ubah kerajaan..tp kita nak halau org bangang yg ade dlm kerajaan sekarang..yg lembik x buat keje tuh, baik lu pencen je lah..

So doa2 lah agar perjuangan kecil ini berjaya..Tegakkan Yang Hak..Yg Bathil Pasti Mati..InsyaAllah..

Adiosssss.....